POP

Ahad, 10 Januari 2016

BIKIN PANAS !!! Saya Berzina Di Masa Lalu.. Perlukah Saya Cerita Kepada Suami?

Saya Berzina Di Masa Lalu.. Perlukah Saya Cerita Kepada Suami?


Saya pernah berzina satu masa dahulu kini telah bertaubat dan akan berkahwin perlukah saya beritahu saya telah berzina satu masa dahulu kepada suami saya? Sekiranya dia bertanya wajibkah saya beritahu perkara tersebut? Adakah dosa-dosa saya terhapus yang membuat amalan fardu sahaja atau saya perlu menunaikan ibadat haji?

berikut petikan jawapan daripada ustaz Ahmad Jailani 

Suatu ketika seorang isteri memberitahu kepada saya bahawa beliau telah berzina. Sekarang telah pun bertaubat di atas dosa yang telah beliau lakukan itu. Malangnya timbul pula masalah lain. Beliau berhasrat untuk berterus terang dengan suaminya tentang dosanya itu. 
Dilemanya ialah beliau bimbang jika suaminya mengetahui berkenaan maksiat lampaunya itu, kelak suaminya akan menceraikannya. Sedangkan rumahtangga mereka aman damai, tiada perbalahan. Ada anak yang comel. Beliau juga tidak sanggup diceraikan. 
Namun, hati kecilnya sering rasa bersalah bila memandang wajah suaminya. Soalan yang beliau utarakan kepada saya ialah adakah wajar beliau menyembunyikan dosanya itu atau lebih baik beliau berlaku jujur dengan suaminya dengan memberitahu apa yang telah berlaku dan seterusnya memohon maaf daripada suaminya.
Sebenarnya amat sukar untuk saya memberikan jawapan walaupun saya sudah ada jawapan yang telah tersedia dan telah pun diberikan kepada orang lain sama ada yang menemui saya secara bersemuka, melalui telefon atau saya menyampaikannya melalui kuliah atau ceramah. Ini kerana saya bimbang ia boleh disalah-ertikan.
Jawapan saya kepada beliau ialah JANGAN MENGAKU BERZINA! Kenapa? Pertamanya; Untuk menutup dosa dan aib kita. Kedua; Untuk menggalakkan kita supaya sentiasa mencari Allah SWT dan bertaubat kepadanya dan ketiga; untuk mengelak berlakunya kemudaratan kepada orang yang bertaubat atau ingin bertaubat iaitu kehancuran rumahtangga.
Apabila Ma’iz Al-Aslami (sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya) berjumpa dengan Nabi SAW dan membuat pengakuan zina dengan berkata ” Ya Rasulullah, Inni zanaitu” (sesungguhnya aku telah berzina), baginda berpaling daripada Ma’iz, walaupun Ma’iz mengaku berkali-kali. Sehingga sebahagian fuqaha menjadikan hadith ini sebagai dalil bahawa tidak digalakkan mengaku berzina!
Sheikh Dr. Ali Jum’ah (Mufti Mesir) apabila ditanya fatwa beliau tentang hukum memperbaiki hymen (selaput dara) atau struktur yang berkaitan dengannya bagi gadis-gadis yang pernah terlibat dengan dosa dan noda pada suatu ketika tetapi kemudiannya telah meninggalkan kefasiqan tersebut dan bertaubat, maka beliau menjawab agar ditutup keaiban itu (boleh memperbaiki ‘dara’) kerana menutup keburukan orang mukmin adalah suatu perkara yang terpuji dalam agama. Bukankah terdapat dalil syarak yang menunjukkan bahawa sesiapa yang menutup aib saudaranya di dunia, maka Allah SWT akan menutup aibnya di akhirat kelak! Ini terpakai kepada gadis tersebut sama ada kejadian hitam itu dengan kerelaannya atau paksa.
Imam Nawawi, ulama’ terkenal dalam mazhab Imam Shafie, telah menulis dalam kitab “Raudhah”, dengan katanya, “Sesiapa yang telah terlibat dengan perkara buruk dan dosa, maka disunatkan kepadanya untuk menutup kesalahannya itu.
Berbeza dengan amalan dan sikap masyarakat kita hari ini yang secara tidak langsung (mungkin tak sengaja) berbangga-bangga dengan menceritakan “maksiat” lampaunya. Contohnya, terdapat kenalan saya, yang pernah bercerita bahawa beliau masa muda-muda dulu pernah beberapa kali ke Hatyai, Thailand kerana mencari pelacur! Astaghfirullah, Ya Akhi, bertaubatlah.
Agama kita yang murni ini sebenarnya banyak mengajar kita supaya sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat kepada Allah SWT. Antaranya Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8:-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”
Dengan menutup aib tersebut, harapannya ialah akan menggalakkan manusia bertaubat kepada Allah. Ia juga untuk mengelak daripada berlaku mudarat kepada orang yang bertaubat. Sebagaimana riwayat Imam Malik dalam Al-Muwatta’nya – La darara wa la dirar – Tiada mudarat dan tidak memudaratkan.
Mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata, bukankah ini akan menganiaya lelaki yang menjadi suami atau bakal suami kepada gadis atau isteri tersebut. Jawapan saya ialah masyarakat kita hari ini hanya sibuk dengan kesucian gadis atau isteri sehingga pernah berlaku dalam masyarakat kita suatu adat atau amalan meletakkan kain cadar putih untuk memastikan pengantin perempuan masih dara! Anehnya, masyarakat kita tak pernah sibuk tentang “teruna”nya pihak lelaki. 
Mereka sibuk tentang tak relanya kelapa ditebuk tupai tetapi mereka tak pernah sibuk tentang tupai yang sering menebuk kelapa! Alangkah tidak adilnya masyarakat hari ini. Malah ada yang sanggup berkata, bila diajukan tentang lelaki yang sudah tiada “teruna”, mereka jawab, “Alaa.. budak lelaki biasalaa.. yang perempuan tu gatal menggoda dia tu, siapa suruh”. Malah pernah berlaku dalam kes rogol, si bapa kepada remaja lelaki tersebut, bukannya menyalahkan anaknya yang merogol tetapi menyalahkan si mangsa (gadis) kerana gatal dan miang.

BIKIN PANAS !!! Dalam Seminggu Lebih 15 Kali Saya Ditiduri Tapi MasihTidak Puas - Gadis Sekolah...

Ternoda...Dalam Seminggu Lebih 15 Kali Saya Ditiduri Tapi MasihTidak Puas - Gadis Sekolah...






Ternoda...Dalam Seminggu Lebih 15 Kali Saya Ditiduri Tapi Masih Tidak Puas 
melakukanya..Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki 
ditiduri untuk memuaskan nafsunya. Katanya, sebagai pelajar yang sering 
ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.

“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan
tak susah mendapat teman baru. Cukup dengan menawarkan diri untuk
ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan
anak tidak sah taraf, baru-baru ini.


Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, 
Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia 
mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.

Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau 
pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu 
seronok melakukannya,” katanya.

Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia 
terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.

Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan 
dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga. Biasanya, 
bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa, 
kawan menjadi penyelamat.



Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa
kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana
bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan
rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas 
neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.

Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral
kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga
bila disuruh melakukan kerja rumah.

Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar
pada waktu malam,” katanya. Mengakui terkenal sebagai antara pelajar
bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali
ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita
lucah dengan rakan lain.

Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai 
perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat. Ada antara 
kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya.

Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar 
video lucah,” katanya. Hasil kajian melibatkan 2,800 responden berusia 
dari 15 hingga 25 tahun yang dijalankan pada 2013 dengan portal 
YouthSays.com menunjukkan 60 peratus remaja Malaysia hilang dara 
menjelang umur 18 tahun.