Luahan Intan : 17 Hari Dikenduri Bangladesh Secara Paksa
Kuala Lumpur: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya,
saya diperlakukan lebih teruk daripada binatang.“Sepanjang dikurung (17 hari),
dirogol sebanyak tiga kali dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat,”
kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Intan, 20.
gambar hiasan
Intan dilaporkan ‘diculik’ di kawasan rumahnya di Taman Salak Selatan, di sini,
kira-kira jam 8 malam 12 Mac lalu oleh sekumpulan tiga lelaki warga Bangladesh
berusia lewat 20-an.Dia yang berjaya dibebaskan dengan bantuan abang dan
bapa saudaranya serta pihak berkuasa pada 29 Mac lalu kemudiannya tampil
membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini, keesokan harinya (30 Mac).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner
Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung
kejadian berkenaan.Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu
Harian Metro, mangsa yang baru pulang dari rumah rakannya di Cheras mendakwa
melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di tangga kawasan perumahannya.
“Mangsa yang tidak curiga dengan kehadiran mereka menggunakan tangga
berkenaan untuk naik ke rumahnya di tingkat dua pangsapuri itu.“Dua suspek
kemudian menghampiri mangsa sebelum menekup mulutnya menggunakan
sehelai kain menyebabkannya pengsan,” katanya.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemudian membawa mangsa ke sebuah
rumah di lokasi yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kereta.“Ketika sedar,
mangsa mendakwa dikurung di sebuah bilik selain melihat seorang lagi lelaki juga
warga Bangladesh bersama dua suspek yang menculiknya itu,” katanya.
Menurutnya, sepanjang dikurung selama 17 hari, mangsa dilapor dirogol seorang
daripada suspek sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali.
“Setiap kali dirogol, mangsa mendakwa tangannya diikat manakala matanya
ditutup dengan kain. Mangsa hanya mampu merayu dikasihani, namun rayuannya
itu tidak diendahkan kumpulan terbabit,” katanya.
Katanya, selepas dikurung dan diperlakukan seperti hamba seks hampir 17 hari,
mangsa akhirnya berjaya menggunakan telefon bimbit milik seorang daripada suspek sebelum menghubungi abangnya.
“Disebabkan itu, kumpulan terbabit terpaksa melakukan rundingan dengan keluarga mangsa. Hasil rundingan itu, kumpulan terbabit akur untuk bertemu dengan abang dan bapa saudara mangsa di kawasan tapak projek di Jalan Kiara 9, Segambut Dalam
kira-kira jam 8 pagi 29 Mac lalu,” katanya.
Sumber itu berkata, abang dan bapa saudara mangsa dilapor sudah bekerjasama
dengan pihak polis dan hasilnya semua suspek berjaya diberkas selain mangsa diselamatkan.
OBAT PEMBESAR PENIS
BalasPadamJADIKAN KELUARGA ANDA HARMONIS
PIN:28B5B59B
https://www.facebook.com/pages/OBAT-Pembesar-PENIS/766809226761908?ref=br_rs