POP

Khamis, 23 April 2015

Panduan Mudah Untuk Menjadi Orang Kaya Di Usia 30 Tahun!




Panduan Mudah Untuk Menjadi Orang Kaya Di Usia 30 Tahun!



Menjadi kaya dan berjaya adalah impian semua orang, termasuk anak muda.
Demi mendapatkan kejayaan dan kekayaan, ramai yang sanggup bekerja dari pagi sampai ke malam untuk mengumpul duit.
Tapi sebenarnya, untuk mempunyai simpanan yang banyak di usia muda ada panduannya.
Nampak mustahil untuk menjadi orang kaya di usia muda, namun jika kita mempunyai perancangan dan mampu mengawal kewangan dengan bijak, tidak mustahil untuk mencapai impian tersebut.
Jutawan Bill Gates pernah berkata, “Jika anda dilahirkan miskin itu bukan salah anda, tetapi jika anda mati miskin itu adalah kesalahan anda.”
Jom lihat 5 panduan untuk menjadi orang kaya di usia 30 tahun!

1. Ada perkerjaan tetap

job
Langkah pertama menjadi orang kaya adalah mempunyai pekerjaan tetap. Jadi, anda mempunyai modal untuk melakukan pelaburan. Dengan pekerjaan tersebut, anda boleh perlahan-lahan naik dari jawatan anda sekarang. Janji anda bersungguh-sungguh dengan pekerjaan anda sekarang. Kerja bagus, gaji pun naik!

2. Hidup secukupnya

shopping
Ada sesetengah mereka beranggapan menjadi orang kaya harus berpenampilan menarik. Orang kaya juga perlu menggunakan gadget terkini atau memandu kereta mewah . Padahal , tidak perlu semua itu dan orang kaya tidak perlu mengikut trend.
Menjadi orang kaya harus menambahkan kemasukan, bukan pengeluaran. Yang perlu diingat adalah jangan membelanjakan wang anda untuk perkara yang tidak perlu seperti ketagih membeli-belah di online.

3. Rancangan untuk melabur

save-money-20131
Tabung mungkin masih menjadi jalan alternatif untuk menyimpan wang dengan bijak. Selain itu wang juga boleh disimpan di dalam akaun simpanan. Ini diantara rancangan awal untuk melakukan pelaburan .
Tapi apa yang perlu anda sedar ialah jangan biarkan duit anda itu tidak bergerak. Kini banyak jenis pelaburan bijak yang anda boleh sertai. Tidak perlu melabur dengan modal yang besar. Mulakan dengan modal yang kecil terlebih dahulu.

4. Langsaikan hutang

man holds head in hands, credit cards bills money for debt
Bagi anda yang suka menggunakan kad kredit berhati – hatilah, kerana setiap transaksi yang menggunakan kad kredit adalah hutang yang perlu anda membayarnya nanti. Boleh jadi anda akan dikenakan faedah atau bunga jika terlewat bayar.
Selesaikan hutang anda secepat mungkin. Untuk menjadi orang kaya mestilah bebas dari hutang.

5. Atur kewangan

financial-planner-q-a-how-do-you-invest-your-own-money
Salah satu cara untuk mengatur kewangan adalah dengan membuat catatan pengeluaran dan kemasukan untuk setiap bulan. Kini, semuanya mudah. Anda boleh muat naik aplikasi kewangan di telefon pintar anda.
Selain itu, anda perlu merancang kewangan untuk sebulan ke hadapan dan selalu catat perbelanjaan . Jadi, anda tahu barang apa yang anda beli dan nampak duit anda ke mana. Disiplin perlu ada jika anda ingin capai impian untuk menjadi orang kaya di usia 30 tahun.
Selamat berjaya...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan