PELAJAR DIDENDA BUKA BAJU DAN SELUAR !!!
-Kes berlaku di kuala lumpur,dimana kerana tidak memakai pakaian yang mempunyai nama sekolah, seramai lima orang pelajar tingkatan satu diarahkan menanggalkan seluar dan baju.
Memetik laporan The Rakyat Post, kejadian berlaku pada 25 Mac lalu di sebuah sekolah menengah lelaki yang terletak di Ampang.
Perkara itu mendapat perhatian umum selepas ibu bapa para pelajar terbabit tampil membuat pendedahan selepas terjadinya insiden tersebut.
Menurut bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, tindakan yang dikenakan ke atas anaknya telah menyebabkan pelajar berusia 13 tahun itu berasa malu dan enggan ke sekolah.
“Tindakan guru disiplin sekolah itu adalah tidak wajar memandangkan cara hukuman yang dikenakan ke atas mereka jelas jauh menyimpang dari etika seorang pendidik,” ujar bapa terbabit.
Terkilan dengan tindakan guru berkenaan, bapa tersebut berasa tidak wajar anaknya serta rakan-rakan diarahkan menanggalkan seluar dan baju hanya kerana tidak memakai pakaian seragam yang ada nama sekolah.
“Saya akui memang ada kesilapan anak saya di situ, cuma saya cukup ralat mengapa hukuman sebegitu dikenakan. Tambah memalukan ada di kalangan lima dari mereka ini pada ketika itu tidak memakai seluar dalam. Saya tidak faham mengapa cikgu itu mengambil tindakan sedemikian,” tambahnya lagi.
Ibu bapa para pelajar yang dikenakan denda keterlaluan itu telah membuat satu laporan polis dan berharap tindakan sewajarnya diambil kepada pihak sekolah.
Bagi memastikan kes ini mendapat tindakan sewajarnya, mereka turut memanjangkan perkara ini kepada Pejabat Pelajaran dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan