POP

Ahad, 11 Oktober 2015

BIKIN PANAS !!! KAKI VAPE ON SILA BACA !!!

Kaki Vape On Sila Baca!! Pendedahan Terkini Yang Mengejutkan! England Keluarkan Keputusan Kajian Mengenai Vaping



Dalam pada negara Malaysia dengan sedaya upaya cuba mencari keburukan Vapor dan cuba mengharamkannya, Pertubuhan Kesihatan Awam England, sebuah pertubuhan kesihatan kerajaan telah mengumumkan sokongan penuh mereka dalam menawarkan Vapor untuk membantu berhenti merokok. 

Buat kali pertama untuk mana-mana agensi kesihatan kerajaan serata dunia, England telah secara terbuka mengumumkan bahawa mereka adalah menyokong vaping. Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengeluarkan penemuan rasmi daripada kajian terbesar yang pernah dijalankan ke atas vaping, dan membuat kesimpulan dengan anggaran mereka yang vaping adalah 95% kurang berbahaya daripada merokok.

Pegawai PHE berkata mereka percaya produk vapor "mempunyai potensi untuk memberi sumbangan penting kepada ketagihan untuk tembakau". Berita itu disiarkan hanya beberapa jam yang lalu, merentasi pelbagai media, dan benar-benar satu kejayaan besar bagi industri Vapor. Kenyataan itu sekaligus memberikan kesahihan yang amat diperlukan lebih lagi ia dikeluarkan oleh negara yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. 

BACA JUGA: Ambil Perhatian! Produk Vape Diharamkan Masuk Ke 'Checked-in Baggage' Kapal Terbang

Pengumuman itu tiba pada malam pendengaran peraturan utama di California, yang boleh memberi kesan besar pada industri vape yang bergantung kepada keputusan kajian yang dikeluarkan malam itu. Sebaliknya adalah ironis, keputusan malam itu sebulat suara secara rasmi menerima pakai vaping sebagai satu bentuk pemberhentian tembakau. 

Keputusan itu dikeluarkan walaupun ramai ahli-ahli politik yang mempunyai maklumat salah di negara lain, mahu mengharamkan vaping melalui peraturan-peraturan yang akan melumpuhkan industri vaping. Beberapa pegawai utama kesihatan kerajaan menyokong penemuan terbaru itu, termasuk menteri kesihatan awam England Jane Ellison, dan negara-negara ketua pegawai perubatan Dame Sally Davies. 

PHE percaya sehingga 80,000 kematian setahun boleh dicegah, dengan penggunaan vaping secara besar-besaran dan Agensi Perkhidmatan Kesihatan England kini sedang merancang garis panduan untuk menjadikan ia produk perubatan berlesen. Semoga keputusan kerajaan England ini akan mempengaruhi kerajaan-kerajaan dunia yang lain untuk mengikutinya. Vaping tidak merbahaya, ia menyelamatkan nyawa, dan ia mempunyai potensi untuk menyelamatkan lebih daripada satu bilion orang dari kesan-kesan bahaya merokok.

BIKIN PANAS !!! MANGSA KES ROGOL (HARUAN MAKAN ANAK)

KISAH NGERI BEKAS GURU BESAR KENDALI PELAJAR MANGSA KES HARUAN MAKAN ANAK

Warga Prihatin's photo.
 

Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki.

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA
Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.
Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.
Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA
Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA
Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN
Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.
Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

GEMPAR !!! TERKINI LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA

GEMPAR!!! LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA





Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, lelaki yang membuat laporan itu di balai polis Sandakan dipanggil oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

"Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya memetik laporan dari Bernama.

Lelaki yang dikenali sebagai Jamil Omar itu membuat laporan polis dengan mendakwa saudaranya menemui bangkai pesawat beserta rangka manusia di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.

"Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Walaupun begitu, Jalaluddin berkata masih belum dapat dipastikan sama ada laporan itu sahih atau palsu. 



Khamis, 8 Oktober 2015

BIKIN PANAS !!! Perlukah seorang Wanita mencukur Bulu Kemaluannya...???

Perlukah seorang Wanita mencukur Bulu Kemaluannya...???


DEBAT mengenai bulu kemaluan wanita seakan-akan tidak pernah ada penghabisannya. Ada segelintir wanita tidak peduli tumbuh lebatnya bulu kemaluan di Miss V mereka, namun ada memilih untuk membersihkannya.

Apakah bulu kemaluan wanita perlu dihilangkan?
Zaman dahulu bulu kemaluan wanita memang sengaja dibiarkan tumbuh subur menutupi kulit daripada kotoran dan debu kerana teknologi fabrik pada jenis kain seluar dalam golongan Hawa tidaklah maju seperti era sekarang.
Seiring perubahan waktu, pakaian yang kita gunakan sehari-hari sudah lebih cukup untuk menutupi kulit daripada habuk dan debu. Ini memungkinkan kita untuk menghilangkan bulu pada tubuh termasuk bulu kemaluan wanita.
Menurut pakar kulit dan kelamin, Dr. Endi Novianto, konsultan sebuah klinik kecantikan ZAP, rambut pada Miss V yang terlalu lebat dapat menimbulkan masalah kebersihan dan kelembapan sekali gus menjejaskan kesihatan.
“Jika tidak dirawat, bulu ari-ari berisiko jadi tempat berkembang parasit sumber penyakit. Dalam kes ini, cara hilangkan bulu kemaluan secara tetap adalah alternatif untuk menjaga kesihatan organ intim”, katanya.
Selain faktor kebersihan, kajian saintis mendapati majoriti lelaki lebih sukai alat kelamin wanita tanpa bulu kemaluan kerana ia dilihat lebih seksi dan dapat menambah sensitiviti terhadap rangsangan nafsu seks.
 
Untuk itu wanita wajar tahu cara menghilangkan bulu kemaluan secara tepat. Menjaga kebersihan Miss Vada yang rutin seperti mencukur, menggunting malah datang ke salon untuk melakukan rawatan cabut bulu ari-ari.
Berikut disenaraikan kaedah untuk menghilangkan bulu kemaluan sama ada secara paksa selain moden :
1. MENCUKUR Jika memutuskan untuk menghilangkan bulu kemaluan, banyak hal yang harus diperhatikan terutama isu kesihatan. Mencukur memang cara termurah, namun kurang efektif kerana rambut pada Miss V wanita akan kembali dengan cepat dan terasa gatal ketika ia mulai tumbuh. Pastikan pisau cukur yang anda gunakan cukup bersih dan disteril dengan betul.
2. MENGGUNTING : Tindakan ini cukup berbahaya dan memerlukan perhatian lebih. Bulu kemaluan wanita yang tidak begitu panjang dan kawasan Miss V yang cukup kecil tentunya menyulitkan wanita untuk menggunting bulu kemaluan sehingga licin. Hal ini memungkinkan organ intim terluka akibat terkena mata gunting tersebut dan ini tidak begitu digalakkan oleh pakar perubatan.
3. MENGHILANGKAN SECARA TETAP : Mungkin ada pernah dengan istilah Brazilian Waxing. Cara menghilangkan bulu kemaluan wanita menerusi kaedah ini menggunakan prosedur mencabut bulu kemaluan secara paksa yang menimbulkan rasa teramat ngilu pada bagianMiss V sepanjang proses perawatannya. Tentunya bukan cara seperti ini yang kebanyakan wanita inginkan bukan?
Kesimpulan:
Setakat ini kaedah Brazilian Hair Removal Treatment adalah cara paling canggih menghilangkan bulu kemaluan wanita secara tetap menggunakan satu teknologi rawatan berasaskan penggunaan cahaya tertentu.
Kaedah unik ini menjanjikan bulu kemaluan wanita bakal ‘dihilangkan’ langsung buat selama-lamanya menerusi prosedur sinaran khas selama beberapa saat malah bulu kemaluan tersebut akan gugur sehingga ke dalam akar.
Setelah melalui siri rawatan susulan, sebahagian besar bulu ari-ari berkenaan lazimnya tidak akan tumbuh kembali lagi dan sisanya akan menjadi sangat halus sehingga amat sukar dilihat oleh mata kasar sendiri.
Tentunya bukan sembarangan tempat dapat menyediakan rawatan Brazilian Hair Removal Treatment dan klinik kecantikan pakar ZAP antara yang paling popular dalam menawarkan perkhidmatan ini di seluruh dunia.
Kos untuk kaedah ini juga agak tinggi dengan anggaran RM150 bagi setiap kali sesi rawatan, namun pada akhirnya terpulanglah kepada wanita sendiri untuk memilih cara sesuai menghapuskan bulu kemaluan mereka. 

Rabu, 7 Oktober 2015

MESTI BACA !!! 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk...

Jangan Simpan Dalam Peti Ais

Ya, selepas balik dari membeli belah barang keperluan dapur, anda mesti rasa letih dan konfius nak letak mana satu dalam peti sejuk, mana yang nak dibiarkan. Akhirnya anda malas berfikir, dan meletakkan semuanya dalam peti sejuk.
peti1
Berikut merupakan 10 jenis makanan yang anda kena elak untuk simpan dalam peti sejuk.
1. Ubi Kentang- Ubi kentang akan merasa “gembira” jika anda menyimpan ia di tempat yang kering, dan gelap. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menukar kanji dalam kentang kepada gula, dan ini akan mengakibatkan satu rasa yang kurang enak pada kentang.
2. Tomato – Simpan sahaja tomato di luar peti sejuk di tempat yang kering. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan tomato kehilangan kesegaran dengan lebih cepat.
3. Madu – Simpan madu di dalam suhu bilik dan jauhkan dari matahari. Menyimpan di dalam peti sejuk akan menyebabkan madu berbuah bentuk seakan kristal dan mengeras.
4. Tembikai – Menyimpan tembikai di dalam peti sejuk akan mengakibatkan ia kehilangan pengantioksida. Biarkan ia di luar untuk mengelakkan ia kehilangan nutrien yang sepatutnya kita ambil.
5. Bawang- Ramai yang tersilap bahagian ini.Menyimpan bawang dalam peti sejuk akan menyebabkan makanan lain di dalam peti sejuk terkena bau dari bawang. Simpan sahaja bawang di dalam almari makanan.
6. Roti – Ya, ramai yang lakukan ini. Anda menyimpannya di dalam peti sejuk kerana menyangka ianya dapat menghalang pembentukan kulat. Ya, memang ianya menghalang, tetapi ianya akan menjadi sedikit keras dan kering. Ya, boleh menyimpannya, tetapi masukkan di dalam bekas khas kontena dan jangan biarkan ia terbuka.
7. Kopi -Ianaya akan menyebarkan bau kepada makanan yang berada dalam peti sejuk. Maka, barkan ia di dalam suhu bilik bagi mengekalkan kesegarannya.
8. Bawang putih – Simpan bawang putih di dalam tempat yang gelap, kering an masukkan di dalam beg kertas. Ia akan terus kekal segar. Menyimpan di dalam pet sejuk menggalakkan pertumbuhan kulat pada bawang putih.
9. Sos – Semua sos boleh kekal segar dengan hanya meyimpannya di dalam suhu bilik dalam keadaan kering.
10. Tumbuhan herba – Menyimpan tumbuhan herba di dalam peti sejuk akan menyebbakan ianya hilang kesegaran dengan lebih cepat. Simpan tumbuhan herba dalam bentuk jambangan bunga, dan letakkan dan biarkan separuh dari herba itu di dalam air. Biarkan sahaja di dalam suhu bilik.
Moga selepas ini, anda tidak lagi membuat kesilapan menyimpan makanan yang tidak sepatutnya di dalam peti sejuk.