POP

Ahad, 11 Oktober 2015

GEMPAR !!! TERKINI LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA

GEMPAR!!! LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA





Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, lelaki yang membuat laporan itu di balai polis Sandakan dipanggil oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

"Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya memetik laporan dari Bernama.

Lelaki yang dikenali sebagai Jamil Omar itu membuat laporan polis dengan mendakwa saudaranya menemui bangkai pesawat beserta rangka manusia di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.

"Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Walaupun begitu, Jalaluddin berkata masih belum dapat dipastikan sama ada laporan itu sahih atau palsu. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan