POP

Ahad, 6 Disember 2015

Derita Jutawan Jamu Tak Tahan Jadi Hamba Seks Suami Kaki Pukul dan Penagih Dadah Tegar...

Derita Jutawan Jamu Tak Tahan Jadi Hamba Seks Suami Kaki Pukul dan Penagih Dadah Tegar




Sedih bila membaca luahan hati  Datuk Seri Hanni yang merupakan seorang usahawan jamu yang  berjaya.

Menurut DS Hanni, suaminya bernama Remi itu turut memukul dan mengugut Hanni untuk mendapatkan wang membeli bekalan dadahnya.


Dipetik dari facebooknya






tolong jgn bersubahat menganiaya saya.


(anak2 di bajet hotel sementara mama dapat rumah baru lengkap dgn perabot)

saya diugut, jika lagi sekali saya mengadu2 kepada bapak mertua atau mak mertua. siap lah hidup saya. pagi khamis. sewaktu saya menghantar anak2 ke sekolah. remi bercakap dgn ibunya. jika remi tak dapat apa yg dia mahu. mungkin sbb dia marah kerana ibunya mahu hantar dia ke pusat pemulihan dadah dan disokong oleh saya.

remi menyebut hal ini. remi akan ambil semua kereta2 hani dan akan jual. ( yang bestnya baiknya saya dokumen swap emas semua nama remi ) dan paling tak sangka dia berkata kepada ibunya.. gudang JSD akan diletupkan dan akan dibakar.




hancur hati saya bila bibik sampaikan berita ini. puas saya memikirkannya. rasanya hidup saya sudah tidak diperlukan lagi. hidup saya cuba dihancurkan oleh insan yg paling saya sayang. saya tak sangka, pernikahan sy dengan seorang lelaki yg sy anggap romantik, soft spoken rupa2nya inilah dia sebenarnya.

kami nikah 23 november 2012. 7 ogos 2015 jam 12mlm kami tinggalkan klang. semoga hidup kami akan kembali seperti dulu ditrek yg diredhai Allah.

RUMAH BANGLO BESAR BERHANTU




Sumber: Facebook Hanni Borhan

CERITA DERITA SEORANG ISTERI...

Ye Baru Aku Tahu Suamiku Namakan Anak Kami Sempena Nama Kekasih Gelapnya



Bukan nak mencari salah suami, bukan nak mencanang keburukan suami. Tetapi inilah yang telah terjadi. Bila anda baca, mungkin rasa seperti Cerekarama atau drama di televisyen. Tetapi sekali lagi nak ditekankan, ini yang telah terjadi.

Aku dan Alwi, kami berkenalan awal tahun 2005. Masih ingat lagi betapa bersungguh-sungguhnya dia cuba nak mendekatkan diri dengan aku. Tapi, masa itu aku dah ada special boyfriend. Dia pun terpaksa mengalah dan dihulurkan tangan dengan niat hanya ingin menjadi sahabat.
November 2005, special boyfriend aku ajak berkahwin. Namun, mak dan ayah aku suruh kami bertunang terlebih dahulu.

Selama tempoh pertunangan kami, Alwi masih setia menjadi sahabat aku.
Mac 2006, beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan aku yang akan berlangsung, tunang aku kemalangan dan terlantar di ICU selama dua bulan.

Dia lumpuh dan aku pada masa itu sudah tekad mahukan mak dan ayah menikahkan aku dengan dia supaya aku dapat menjaganya. Malangnya, cadangan aku ditolak oleh bakal mak dan ayah mertua aku. Mereka tak mahu aku terseksa sebab doktor dah maklumkan bahawa tunang aku akan lumpuh dan mungkin tiada harapan.

Hampir tiga bulan, Allah lebih sayangkan dia. (Al-fatihah buat Raden Fakri)
Alwi yang masih setia menjadi sahabat aku. Sentiasa ada di sisi memberi aku semangat agar aku terus kuat setelah kehilangan satu-satunya lelaki yang aku cintai.

Mac 2011, genap lima tahun tunang aku pergi. Aku masih single, sangat sibuk dengan exam, study dan Alhamdulillah dah kerja dengan kerjaya yang bagus. Keluarga dan kawan-kawan selalu bising suruh aku bukakan hati semula untuk menerima lelaki lain.

Bukan nak cakap besar, tetapi dah lebih 10 orang lelaki yang cuba kenal, cuba berkawan dan nak rapat dengan aku but it’s about feeling. Aku tak boleh paksa dan Alwi masih setia menjadi sahabat aku.

Oktober 2011, setelah sekian lama hanya berhubung melalui telefon dan Skype, aku sudah bersedia berjumpa dengan Alwi. Alwi tetap seperti dulu, masih setia menjadi sahabat aku yang baik, memahami, menerima aku seadanya dan yang paling aku sebak, dia melamar aku.

Rupanya selama ini Alwi masih setia dengan perasaan dia. Masih suka dan sayang aku dalam diam.
Ye, aku sayang Alwi tetapi bukan cinta. Aku minta masa dengan Alwi, masih setia menjadi sahabat aku.

Puas aku buat istikharah, cukup banyak aku buat solat hajat meminta petunjuk dari Nya. Tetapi aku tak dapat apa-apa perasaan. Mak pula memujuk aku supaya terima Alwi dan mungkin siapa tahu selepas kami kahwin, perasaan cinta akan datang?

Jadi aku nekad, aku terima Alwi.

Jun 2012, majlis perkahwinan kami diraikan dengan besar-besaran atas permintaan mak dan ayah Alwi sebab Alwi anak tunggal lelaki mereka.

And yes, aku bersyukur berkahwin dengan dia. Lelaki yang setia tunggu aku, lelaki yang betul-betul buktikan kasih sayang dia terhadap aku. Mak dan ayah mertua aku pun terlalu baik dan manjakan aku.

Mac 2014, hampir dua tahu berkahwin, aku baru disahkan mengandung dan selama itu Alwi sabar menunggu dan kasih sayang dia masih seperti dulu. Malah lebih lagi. Alwi masih setia menjadi sahabat, teman dan suami yang terbaik untuk aku.

Oktober 2014, aku selamat melahirkan anak perempuan untuk Alwi. Anak tanda cinta kami. Ye, cinta. Selepas kahwin aku dah jatuh cinta dengan Alwi. Sahabat dan suami aku.

Alwi beritahu aku yang dia sudah ada nama untuk anak kami dan aku dengan rela setuju walapun aku dah ada nama yang aku pilih sendiri.

Nadrah Aina, itu nama yang dipilih. Kami juga buat keputusan untuk panggil Nadrah sebagai nama timangan anak kami.

Alhamdulillah, aku semakin bahagia dengan hidup bersama orang yang aku cinta. Alwi dan Nadrah.
Mac 2015, Alwi terlelap depan televisyen dengan Nadrah. Aku tergerak hati nak buka telefon Alwi. Bukan sebab nak check WhatsApp, call etc, sebab aku percayakan Alwi. Tak pernah sedikit pun aku pernah curiga pada dia. Tak pernah!

Aku buka telefon Alwi sebab nak tengok gambar Nadrah yang dia rakam semalam semasa kami pergi kenduri. Masa itu, telefon aku kehabisan bateri. Tetapi Allah nak tunjuk, dah sampai masa untuk aku sedar, tiada hubungan yang kekal, tiada hubung yang bahagia sentiasa. Aku terjumpa gambar perempuan lain dalam telefon Alwi. Gambar perempuan tengah cium pipi dia atas katil (mungkin di hotel).

Allah, tangan aku mengigil, dada rasa macam nak pecah. Air mata marah, geram, sedih semua bercampur. Aku tarik nafas, aku istigfar, aku mengucap, aku cuba tenang. Aku cari contact number yang aku curigta, tetapi lagi sekali Allah nak bantu aku dengan mudah, aku jumpa satu nama ‘Nadzri’. Tetapi di WhatsApp profile photo, gambar perempuan itu!

Esoknya aku mesej Nadri nak jumpa. Aku cakap aku isteri Alwi. Pada mulanya dia langsung tak mahu berkerjasama. Tetapi aku ugut, kalau dia beritahu Alwi yang aku call dia dan kalau dia tak nak jumpa aku juga, aku akan sebarkan gambar dia atas katil dengan Alwi dan terus dia setuju. Padahal aku tak ada pun gambar yang dimaksudkan.

Bila berjumpa, dia mengaku sudah lama kenal dengan Alwi semenjak Januari 2014. Bermakna, dua bulan sebelum aku disahkan mengandung. Dia tahu Alwi sudah ada isteri dan pada awalnya, Alwi hanya mahu berkawan dengan dia tetapi dia tidak dapat elak bila dah terlanjur sayang pada Alwi.

Masa itu, aku rasa semua itu mengarut!
Kau boleh elakkan perempuan! Boleh sebenarnya! Tetapi kau pilih untuk terima salam perkenalan Alwi itu! And surprisingly konon awalnya nak berkawan tetapi selepas empat bulan kenal, dia dah terlanjur dengan Alwi. Ye! Dah terlanjur! Maknanya dah tidur sama!

Allah, aku cuba kuatkan hati ini. Perlahan-lahan aku redha.

Malam itu juga aku berdepan dengan Alwi. Aku ugut dia untuk tinggalkan dia dan dia tidak akan jumpa Nadrah sampai bila-bila. Aku desak dia untuk beritahu aku kenapa dia buat aku macam ini.
Dan akhirnya, Alwi mengaku dia perlukan zuriat. Dia mahukan anak tetapi tak sangka bila dia dah mula sayangkan perempuan itu, aku disahkan mengandung. Dia cuba tinggalkan perempuan itu tetapi dia tidak mampu. Dia tidak sangka aku tahu sebab selama ini aku tak pernah ambil tahu mana dia pergi, apa yang dia buat even buka telefon dia. Ini yang dia balas atas kepercayaan aku.

Dah dua minggu aku silent treatment Alwi. Setiap hari dia merayu, meminta aku mengampunkan dosa dia, minta aku maafkan dia. Setiap hari juga aku memohon kepada Allah bagi aku petunjuk, mohon Allah lembutkan hati aku kalau jodoh aku dengan Alwi dapat diselamatkan. Allah Maha mengetahui, Allah nak aku kuat, nak aku tekad untuk tidak kembali kepada Alwi.

17 April 2015, pagi itu bila aku sudah bersedia untuk memaafkan Alwi, perempuan itu call aku. Dia merayu supaya aku izinkan Alwi kahwin dengan dia. Pada mulanya aku cuba pertahankan perkahwinan kami. Aku marah perempuan itu tetapi bila dia sebut,

“Akak, saya Nadrah Aina bersumpah tidak akan menuntut hak sebagai isteri kedua asalkan akak izinkan Alwi berkahwin dengan saya!”

Aku istigfar, aku minta dia ulang balik apa yang dia cakap. Aku tak silap dengar. Ye, baru aku tahu nama perempuan simpanan Alwi, Nadrah Aina! Nama anak perempuan kami yang Alwi sendiri daftarkan!

Suami yang aku cinta, hilangkah kepercayaan yang aku beri. Sanggup bahagi perasaan sayang pada perempuan lain. Hanya kerana aku lambat mengadungkan anak dia? Hanya kerana aku bagi kepercayaan 100% kepada dia?

Paling aku tak sangka dia sanggup bagi nama perempuan simpanan dia untuk nama anak kami? Anak tanda cinta kami? Cinta yang dia harapkan dari aku bertahun-tahun lamanya?

Ya Allah..

Dengan ini aku sedar, perkahwinan tak cukup dengan rasa cinta semata-mata. Tak boleh bagi kepercayaan 100%. Tak boleh sedikit pun alpa dengan perasaan suami.

Hari ini aku tak mampu panggil nama anak aku, darah daging aku sendiri dengan nama perempuan simpanan suami aku sendiri.

Khamis, 19 November 2015

BIKIN PANAS !!! Pendedahan Berani Mati Nur Fauzana Ini Pasti Akan Mengejutkan Ramai !

Pendedahan Berani Mati Nur Fauzana Ini Pasti Akan Mengejutkan Ramai !!!


Saya hanyut bersama bekas teman lelaki ketika menumpang tidur di rumah orang tuanya kira-kira dua bulan lalu. Saya mengenali teman lelaki menerusi laman sosial. Dari segi rupa, dia sangat sopan. Hampir setahun mengenali dia membuatkan saya percaya dia teman lelaki baik.

Perkara yg memikat hati saya mengenainya ialah setiap kali kami keluar janji temu, dia sering jaga solat serta menasihati saya untuk menjaga keselamatan diri. Namun, setelah dia merogol, segala kepercayaan saya hancur.

Pada masa sama, dia merayu saya memaafkan di samping berjanji akan bertanggung-jawab. Dia tidak akan tinggalkan saya dan memohon saya menerima dirinya kembali.Dia kesal tewas kepada godaan nafsu.

Orang tuanya tidak tahu mengenai hal itu kerana dia merogol saya ketika ibu bapanya keluar menghadiri majlis di rumah saudara mereka. Kedatangan saya itu adalah untuk mengenali keluarga teman lelaki sebelum bertunang tetapi hal lain pula terjadi.

Hal itu belum sampai ke pengetahuan orang tua saya. Orang tua saya tidak sihat dan saya bimbang jika mereka tahu saya dirogol, mereka terkejut mahupun jatuh sakit. Sebahagian diri saya sukar menerima perkara dilakukan terhadap saya. Namun, bekas teman lelaki berusaha memujuk dan mencadangkan kami berkahwin masa terdekat.

Dia kata dia sayang dan berasa cukup hina dengan perkara terkutuk dilakukan terhadap saya. Dia akan bertemu keluarga dan meminang saya dalam tempoh terdekat sebagai tanda ikhlas dia mahu menebus dosanya. Malah dia sanggup berterus-terang dengan keluarga saya mengenai kesilapannya.

Paling mengejutkan, dia sendiri menyarankan saya agar melaporkan hal itu kepada polis jika saya tidak percaya terhadapnya lagi. Saya pening benar-benar tersepit.Bantulah saya Dang Setia.

NUR FAUZANA
Lendu, Melaka

Kusut dan bersimpul. Begitulah keadaan Dang Setia boleh gambarkan mengenai masalah saudari ini. Tindakan perlu saudari ambil setiap satunya ibarat ‘ditelan mati emak, diluah mati bapak’. Sebaiknya saudari ambil tempoh bertenang serta memikirkan semasak-masaknya dalam isu ini.

Dalam situasi ini, saudari harus nilai sejauh mana impak termasuklah untung rugi setiap langkah saudari ambil. Selain itu, tekad saudari untuk menghadapi konflik dihadapi jika keputusan diambil.

Peluang adalah 50-50 dan hakikat setiap keputusan diambil perlulah disusuli dengan Istiqamah. Jika melihat daripada gambaran saudari mengenai sikap teman lelaki selepas kejadian, dia sedar kesilapan dan benar-benar ingin menebus kesalahannya.

Pada sudut lain, tiada kompromi dengan kesalahan merogol dilakukan terhadap saudari.Lihat dalam situasi rumit, saranan Dang Setia kepada saudari ialah perlu teliti sejauh mana kehormatan saudari dilindungi. Adakah dengan melaporkan kes terbabit kepada polis menyelesaikan keadaan mahupun menjadikan bertambah rumit?

Pilihan kedua iaitu memaafkan dirinya dan memberi peluang kedua terhadap bekas kekasih, adakah jalan terbaik? Keputusan terbaik masih terletak di tangan saudari kerana saudari lebih arif dengan latar belakang teman lelaki berbanding Dang Setia. Semuanya perlukan kekuatan dan rasionalkan fikiran dengan lebih optimis. Sekurang-kurangnya, bekas teman lelaki mengakui kesalahannya dan tidak meletakkan beban kehormatan tercalar itu terhadap saudari.

Jangan terburu-buru serta fikirkan kesan setiap pilihan. Elakkan diri bertemu mahupun layan sebarang mesej atau panggilan bagi memberi saudari ruang untuk mem­buat pilihan. 

Pasangan Kekasih Ditangkap Basah Oleh 4 Orang lelaki Kemudian Menyuruh Pasangan Ini Mengulangi Aksi Bercumbuhan Sebelum Disebarkan Di Laman Sosial


Sebuah video sepasang kekasih di tangkap basah oleh beberapa lelaki, di mana kemudian kedua pasangan tersebut di suruh bercumbu dan dirakam.

Video kedua remaja ini sudah mulai tersebar di media sosial sejak beberapa jam lepas atas penyebaran video berkenaan, ramai netizen menggesa pihak yang berwajib untuk menangani kes ini atas kesalahan mencabul mangsa.

Kami mengharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil walaupun pasangan ini bersalah, bagaimana pun orang yang menangkap kedua remaja ini tidak ada hak untuk menyuruh mereka mengulangi balik dan merakam aksi mereka dan disebarkan di media sosial.

Ahad, 11 Oktober 2015

BIKIN PANAS !!! KAKI VAPE ON SILA BACA !!!

Kaki Vape On Sila Baca!! Pendedahan Terkini Yang Mengejutkan! England Keluarkan Keputusan Kajian Mengenai Vaping



Dalam pada negara Malaysia dengan sedaya upaya cuba mencari keburukan Vapor dan cuba mengharamkannya, Pertubuhan Kesihatan Awam England, sebuah pertubuhan kesihatan kerajaan telah mengumumkan sokongan penuh mereka dalam menawarkan Vapor untuk membantu berhenti merokok. 

Buat kali pertama untuk mana-mana agensi kesihatan kerajaan serata dunia, England telah secara terbuka mengumumkan bahawa mereka adalah menyokong vaping. Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengeluarkan penemuan rasmi daripada kajian terbesar yang pernah dijalankan ke atas vaping, dan membuat kesimpulan dengan anggaran mereka yang vaping adalah 95% kurang berbahaya daripada merokok.

Pegawai PHE berkata mereka percaya produk vapor "mempunyai potensi untuk memberi sumbangan penting kepada ketagihan untuk tembakau". Berita itu disiarkan hanya beberapa jam yang lalu, merentasi pelbagai media, dan benar-benar satu kejayaan besar bagi industri Vapor. Kenyataan itu sekaligus memberikan kesahihan yang amat diperlukan lebih lagi ia dikeluarkan oleh negara yang mempunyai kredibiliti yang tinggi. 

BACA JUGA: Ambil Perhatian! Produk Vape Diharamkan Masuk Ke 'Checked-in Baggage' Kapal Terbang

Pengumuman itu tiba pada malam pendengaran peraturan utama di California, yang boleh memberi kesan besar pada industri vape yang bergantung kepada keputusan kajian yang dikeluarkan malam itu. Sebaliknya adalah ironis, keputusan malam itu sebulat suara secara rasmi menerima pakai vaping sebagai satu bentuk pemberhentian tembakau. 

Keputusan itu dikeluarkan walaupun ramai ahli-ahli politik yang mempunyai maklumat salah di negara lain, mahu mengharamkan vaping melalui peraturan-peraturan yang akan melumpuhkan industri vaping. Beberapa pegawai utama kesihatan kerajaan menyokong penemuan terbaru itu, termasuk menteri kesihatan awam England Jane Ellison, dan negara-negara ketua pegawai perubatan Dame Sally Davies. 

PHE percaya sehingga 80,000 kematian setahun boleh dicegah, dengan penggunaan vaping secara besar-besaran dan Agensi Perkhidmatan Kesihatan England kini sedang merancang garis panduan untuk menjadikan ia produk perubatan berlesen. Semoga keputusan kerajaan England ini akan mempengaruhi kerajaan-kerajaan dunia yang lain untuk mengikutinya. Vaping tidak merbahaya, ia menyelamatkan nyawa, dan ia mempunyai potensi untuk menyelamatkan lebih daripada satu bilion orang dari kesan-kesan bahaya merokok.

BIKIN PANAS !!! MANGSA KES ROGOL (HARUAN MAKAN ANAK)

KISAH NGERI BEKAS GURU BESAR KENDALI PELAJAR MANGSA KES HARUAN MAKAN ANAK

Warga Prihatin's photo.
 

Kami ingin kongsikan pengalaman Tuan Haji Abdul Ghani Haron, seorang pesara guru yang menjadi rakan FB Pengetua kami Dr Hj Masjuki.

Saya pernah menjadi guru, pengetua dan pegawai pelajaran daerah. Dengan itu saya melalui berbagai kes seksual pelajar yang sebahagiannya tersembunyi dari pengetahuan awam. Saya dedahkan tiga dari berpuluh pengalaman saya untuk direnungi.

KES PERTAMA
Pelajar Tingkatan 4 menjadi mangsa nafsu serakah bapanya. Setiap hari bila balik sekolah dia dipaksa masuk bilik dan menelan pil. Yang lebih dahsyat bukan dia seorang tetapi sebelum itu kakaknya juga kena berkhidmat untuk bapanya selama lebih dua tahun. Bila bapanya berpindah kepada dia maka kakaknya telah terlepas. Bapanya tentera bahagian perubatan, dengan itu dia dan kakaknya dipaksa menelan pil pencegahan kehamilan. Lebih terkejut lagi ialah emaknya tahu mengenai hal ini dan buat tak nampak serta memberi laluan. Tidak diketahui apa sebabnya.
Polis dihubungi, seorang inspektor wanita hadir bersama seorang SB untuk mendengar cerita pelajar ini. Saya hanya ikuti separuh jalan sahaja kerana tak terdaya untuk mendengarnya. Siapa percaya bapanya yang BERKETAYAP putih ketika kerja dan nampak wara’ tetapi bernafsu seperti bapa khinzir.
Apa yang menyedihkan lagi, pelajar ini akhirnya menolak untuk membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan dibuat. Katanya, “siapa yang akan bela mereka jika bapanya dipenjarakan dan dibuang kerja?” Puas kami memujuk namun gagal.

Akhirnya kami menemui bapanya, tetapi dia selamba menafikan. Apakah anaknya yang ketiga terus menjadi mangsa kebinatangan bapanya? Saya tidak tahu kerana berpindah sekolah beberapa bulan selepas itu.

KES KEDUA
Berlaku di sekolah kebangsaan. Kes ini ditemui oleh rakan guru, juga sama seperti kes pertama. Pelajar baru 11 tahun. Menjadi hamba seks bapanya sejak umur 9 tahun kerana dia dan adik lelaki tinggal dengan bapa setelah perceraian.

Bapa ditangkap polis setelah diadu oleh guru dan direman untuk perbicaraan. Pelajar ini kemudian tinggal dengan datuknya di kampung berdekatan. Masa itu dia dah naik Tingkatan 1 di sekolah tempat saya mengajar dan jadi Pen Kanan HEM.

Suatu hari kaunselor saya datang menceritakan bahawa datuknya yang berusia 70’an tempat dia menumpang berlindung pula melakukan hal yang sama seperti bapanya.

Saya seperti tak percaya, tetapi berpakat dengan seorang polis mencari datuknya dan berjumpa di kilang tempat dia menjadi jaga. Gertakan oleh polis menyebabkan dia mengaku.

Allahuakbar! Saya merasakan dunia ini gelap seketika bila melihat anggukkannya.

Akhirnya saya memohon kepada pihak polis dengan keizinan mahkamah untuk mengambil pelajar ini tinggal dengan saya sebagai pelindung sementara kes berjalan. Dia dipindah ke sekolah berasrama dan pengetua di situ berusaha memulihkan fizikal dan mentalnya secara rawatan hemeopathy. Bapanya dipenjara 18 tahun. Datuk terlepas kerana tidak diadu.

KISAH KETIGA
Seorang pelajar tingkatan 3 telah dimaklum oleh kaunselor mengandung. Siasatan mendapati dia DI JUAL oleh bapanya kepada seorang bomoh. Kami rasa bapanya mengambil duit dari bomoh tersebut.

Pelajar ini akhirnya bersalin di hospital. Pihak polis dimaklumkan tetapi menghadapi kesukaran kerana dihalang oleh bapanya dan melarang anak memberi maklumat. Apa yang terjadi seterusnya saya tidak pasti kerana sekolah tak boleh campurtangan siasatan polis. Yang pasti bapanya tetap bebas, bomoh tersebut menghilang diri.

KESIMPULAN
Inilah tiga kisah haruan makan anak dan cucu yang saya kendali sendiri. Bukan untuk mengaib tetapi untuk teladan.

Kalaulah anda sendiri melihat situasi pelajar ini di masa itu, kalaulah anda mendengar sendiri rintihan mereka, kesedihan mereka, keperitan yang dirasai mereka, fizikal mereka yang diratah oleh bapa dan datuk sendiri…betapa serba salahnya mereka........

Ya Allah, saya berkali-kali meninggalkan ruang perjumpaan untuk meraung di dalam bilik, menekup kepala ke meja. Begitu berat anak-anak yang belum mengenal dunia ini disiksa oleh ayah dan datuk sendiri.

Ada satu lagi kes abang makan adik setiap kali masa ketiadaan ibubapa. Juga kes sepupu makan sepupu di rumah datuknya. Anda fikirlah sendiri teladannya. Yang heran, saya tidak menemui kes begini di kalangan bukan Islam.
Iktibarnya, jika ada anak perempuan beringatlah, berwaspadalah. Simpan satu peratus kecurigaan kepada orang yang paling anda percayai. Saya menceritakan kes pelajar yang teraniaya, tetapi bagaimana kes yang sendiri gatai, sendiri cari pasai? Itu memang banyak dan tak mau disebut.

Ibu terutamanya, berilah perhatian khusus kepada anak perempuan. Para Guru, terutama kaunselor sebaiknya membuat pemerhatian dan secara rambang mencari kebarangkalian untuk membantu pelajar yang teraniaya ini. Jangan percaya kepada manusia hanya dengan melihat penampilannya kerana manusia boleh berlakon.

Bila mencari jodoh, jangan main tengok muka cantik, handsome, terus terkam. Nabi SAW menyuruh melihat keturunan dan agamanya untuk mengelak situasi keturunan penzina.

Akhirnya, jika anda ada anak perempuan, ingatlah mata syaitan berupa manusia sentiasa mengintai. Menjaga sekandang kerbau lebih mudah dari seorang anak perempuan. Musuhnya dari berbagai arah, termasuk pagarnya sendiri.

GEMPAR !!! TERKINI LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA

GEMPAR!!! LAPORAN POLIS PENEMUAN PESAWAT MH370 DI SELATAN FILIPINA





Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, lelaki yang membuat laporan itu di balai polis Sandakan dipanggil oleh pihaknya untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

"Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya memetik laporan dari Bernama.

Lelaki yang dikenali sebagai Jamil Omar itu membuat laporan polis dengan mendakwa saudaranya menemui bangkai pesawat beserta rangka manusia di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.

"Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Walaupun begitu, Jalaluddin berkata masih belum dapat dipastikan sama ada laporan itu sahih atau palsu.