BERANI BACA TAK?? Kisah Benar Terlajak SERAM Antara Ustaz Dengan Isteri Yang Derhaka...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca
yang dikasihi dan disayangi sekalian. Harini
Dr Fuh nak kongsikan artikel yang sangat
bermanfaat untuk sama-sama kita jadikan
pengajaran dan tauladan. In Shaa Allah.
Lama benar saya tidak berjumpa dengan
Ariffin.Rasanya sudah lebih Tujuh tahun
sejak kawan lama saya itu di arahkan
mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya
Merasa terlalu seronok.
“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata
saya setelah mempersilakannya Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni
macam-macam kerja. Kurikulumlah,
kokurikulumlah, sukanlah.badan gemuk pun
boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh.
Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil
menarik lengan baju untuk menunjukkan
betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang
di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya
serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang
hajatnya datang menemui saya. Yalah,
tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang
hendak di sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja
tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak.
Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin
menjawab. Dia menarik nafas, kemudian
meraup muka dan seterusnya bersandar di
Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya
dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-
lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh
dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”
kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa
isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun
ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena
buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian.,
sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis,
Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”
jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi
bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya
yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang
Cantik juga berubah murung, kusut.
“Itu masih tak mengapa ustaz.
Yang menambahkan kebimbangan saya,
Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu
bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil
macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana
selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab,
seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik.
Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti
bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang
datang melawat terkejut kerana hampir tidak
mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa
berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan
dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga
yang mengejek. Ramai yang menyindir di
belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa
bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah
parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur
ingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai
menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala
yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan
kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita
berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza
gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan
kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia
bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah
dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain?
Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal
menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa
isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka
di sana dan banyak wang di habiskan namun
pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara
itu juga tidak dapat mencari penawar
keadaan penyakit berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah
teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan
menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah
tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu
mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman,
kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang
meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini
erana semasa meracau itulah dia meluahkan
segala yang terbuku di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta
ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? .
Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang
dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak,
menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama,
dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji
untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”
katanyasambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan
pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai
ke rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil
membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut
pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni
sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk
ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita
berselimut paras dada terbaring mengiring
mengadap ke dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin
perlahan sambil memegang bahu isterinya.
Dengan lemah, Niza menoleh.
MasyaAllah memang keadaan Niza sangat
menyedihkan . Wajahya penuh dengan
bintil-bintil yang menggerutu. Matanya
terperosok ke dalam manakala tulang pipi
membojol seperti bongkah batu yang
membayang dipermukaan tanah.
Badannya pula kurus cengkung dan kepala
separuh botak menandakan dia sudah lama
menderita. Niza cuma tersenyum tawar
memandang saya. Saya dekati dia dan
selepas lima minit meneliti keadaannya,
saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya
bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi
sebelum tu minta maaflah kalau nanti
awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,”
jawab Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal
saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya.
Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik
itu kerana tidak mahu memalukan Arifin
dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk
bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza,
saya memberitahu Arifin, kadangkala di
timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan
balasan oleh Allah kerana ada melakukan
dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.
Lantas saya bertanya, adakah Niza
sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya
pun sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat
yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri.
Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza
serta keluarga mereka supaya bersabar
dengan ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia
sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan
rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan
Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini
saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya
beberapa minggu kemudian. Menurut kawan
saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang
itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap
dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya
pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin
supaya melakukan solat hajat memohon ke
hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya.
Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa
hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini
suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam
tu ustaz”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun
daripada saya dan ceritakan segala-galanya".
Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau
isteri saya minta ampun kerana telah
mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza,
dia telah memasukkan darah haid dan air
maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari
perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta
ampun pula kerana telah berlaku curang
kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan
tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab
semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa
saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar
seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit
dengan beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya
tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan
setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina.
Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun
daripada saya.
Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka
betul,ustaz. Madu yang saya beri, racun yang
dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan
dengan dia saya jadi hilang pertimbangan.
Saya jadi lemah, rasa dirisaya kerdil, takut
nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi
perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup
menghabiskan kata-katanya. Termenung
saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan
demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan.
Arifin berpelajaran agama dan setia kepada
isterinya.Budi bahasa pun elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak
maafkanlah dia,”kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin
supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu
sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan
keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai
badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak.
Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak
dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan
saya,daripada dia terus azab menanggung
seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik
kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan
memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh
dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya,
ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin
dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat
pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya
supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya
katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza
sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik
Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu
Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak
nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya.
Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar
ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah
juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan
surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin
(salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak
tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,”
kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon
saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya
sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu,
Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu
dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali,
dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat
minta ampun daripada saya sekali lagi kerana
menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila
dia pegang tangan saya sambil menangis dan
kemudian minta ampun, tidak sanggup juga
rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam
keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz,
saya dah ampunkan dia.
“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah
busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin
Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.
Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri,
jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam.