POP

Ahad, 30 Ogos 2015

WOW !!! Jom tengok Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi di Malaysia

WOW!!! Jom tengok Pemain bola sepak tempatan berpendapatan tinggi



Jika sebelum ini kita hanya mendengar pemain-pemain bola sepak 
di liga luar negara seperti Liga Perdana Inggeris, La Lagi, 
Bundesliga dan banyak lagi menerima gaji yang lumayan sehingga
ratusan ribu seminggu...



Namun, kini liga bola sepak tempatan Liga Malaysia antaranya Liga Super 
dan Liga Perdana turut mengikut jejak langkah liga-liga di luar negara apabila 
ramai pemain bola sepak tempatan kini mempunyai gaji yang tinggi sehingga 
ratusan ribu sebulan...

Berikutan adalah pemain bola sepak tempatan yang mendapat gaji tinggi. 
(Sila ambil perhatian bahawa ia adalah anggaran kasar bulanan gaji pemain, 
bukan jumlah sebenar)...

Safee Sali, JDT FC (RM120,000)


Safe Sali atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali merupakan pemain 
bola sepak tempatan yang pertama bermain di Liga Super Indonesia iaitu di 
kelab Pelita Jaya selepas membantu Malaysia untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 
pada tahun 2010 dengan menewaskan Indonesia. Safee telah menyertai pasukan 
itu dengan yuran perpindahan sebanyak USD30,000 (RM106 ribu) dan menerima 
gaji sebanyak USD 10,000 atau RM35,470. Namun pada tahun 2012, penyerang 
berusia 31 tahun ini telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan, Johor Darul 
Takzim (JDT) yang dikatakan menerima gaji sebanyak RM120,000 sebulan....

Amri Yahya, JDT FC (RM85,000)


Amri Yahya memulakan karier bola sepaknya di Selangor FA selama 12 tahun 
dan sepanjang kariernya bersama Selangor, Amri telah tampil sebanyak 200 kali 
dan menjaringkan sebanyak 71 gol. Ini menjadikan Amri salah seorang pemain tengah/penyerang digeruni pihak lawan. Amri, 34, kemudian telah ditawarkan 
kontrak lumayan oleh Johor Darut Takzim (JDT) bernilai RM1 juta selama 
setahun iaitu sekitar RM85,000 sebulan....

Norshahrul Idlan Talaha, ATM FC (RM80,000)


Pemain kelahiran Besut, Terengganu ini merupakan seorang penyerang 
kebangsaan yang cukup berbisa ketika bermain bersama pasukan Kelantan 
FA dan juga pasukan Malaysia sehingga pasukan kebangsaan berjaya menjadi 
juara Piala AFF Suzuki pada tahun 2010. Pada tahun 2013 pemain berusia 
28 tahun itu telah berhijrah ke pasukan Harimau Selatan (JDT) selepas 
menerima tawaran lumayan iaitu menerima gaji sekitar RM80,000 sebulan. 
Bagaimanapun, Norshahrul gagal memberi impak besar terhadap pasukannya 
apabila hanya mampu menjaringkan 10 gol dalam 35 penampilannya bersama 
JDT. Dia kini bakal beraksi dengan pasukan baru iaitu Angkatan Tentera 
Malaysia (ATM FC)...

Indra Putra Mahayuddin, Felda United FC (RM75,000)


Pemain berusia 33 tahun ini merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia 
yang dilihat sebagai pemain serba boleh. Dia yang bermain sebagai penyerang 
dan di bahagaian sayap pernah bermain untuk banyak negeri dan kelab 
antaranya Perak FA, Pahang FA, Selangor FA, Kelantan FA, T-Team dan 
kini bermain untuk Felda United FC yang mana dia dikatakan menerima gaji 
sebanyak RM75,000 sebulan...

Baddrol Bakhtiar, Kedah FA (RM65,000)


Bermula dengan mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden, Baddrol 
Bakhtiar kemudian telah diserapkan kepada pasukan 'senior' Kedah dan 
kebangsaan sebagai pengatur serangan (playmaker) dan sering juga dilihat 
bermain di bahagian sayap kanan. Walaupun tidak bermain di posisi penyerang 
bersama Kedah, namun 76 gol yang dijaringkan daripada 160 penampilannya 
cukup menggambarkan kehebatan pemain berusia 27 tahun ini yang dikatakan
menerima gaji sekitar RM65,000 sebulan... .

Sumber : tupai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan