Benarkah Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan?
Benarkah Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan?
Terkejut saya dari semalam inbox dan whatsapp saya dihujani soalan-soalan mengenai pemberian susu formula kepada bayi boleh menyebabkan DNA lembu masuk ke dalam badan bayi. Rupa-rupanya sudah tersebar di internet bahawa kenyataan itu dibuat oleh seorang ustazah.
Jujur saya mengaku, saya memang minat membaca buku-buku yang ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha dan bagi saya beliau seorang yang banyak mengkaji, proaktif dalam memberi pandangan dan tersusun bahasa dalam penyampaian. Banyak kupasan ustazh baik dalam novel atau ceramah membuka minda wanita moden. Tak dinafikan ustazah memang ada banyak idea yang baik untuk diketengahkan.
Saya faham apa yang dimaksudkan oleh ustazah, namun daripada kenyataan yang dibuat amat sensitif untuk sesetengah ibu dan boleh menimbulkan kekeliruan. Susu yang diminum oleh bayi tadi akan masuk ke dalam perut untuk dicernakan dan akan diserap dalam usus dan bentuk nutrien. Nutrien ini sedikit pun tidak menjejaskan DNA bayi kerana DNA adalah maklumat pewarisan yang dibawa oleh bayi sejak dia dicipta. Kecuali jika susu lembu itu mengandungi bahan-bahan radioaktif ataupun radikal bebas yang boleh merosakkan DNA.
Penjelasan yang lebih tepat ialah, “Susu formula yang masuk ke dalam badan bayi akan menjadi darah dagingnya”. Walaupun saya antara pendokong penyusuan susu ibu, namun ibu yang memberi bayinya susu formula tidaklah sama seperti memberi racun. Hakikatnya kita hanya melihat beberapa keping gambar yang diviralkan tanpa mendengar sepenuhnya perbincangan itu. Saya yakin jika kita mendengar sepenuhnya perbincangan kita tentu akan lebih selami apa yang dimaksudkan oleh ustazah sebenarnya.
Sesuatu yang menarik untuk difikirkan ialah, jika makanan yang kita makan boleh menyebabkan DNA haiwan tersebut ke dalam badan. Orang dewasa yang macam kita dah makan daging, ayam, ikan dan sebagainya, adakah DNA-DNA tersebut sudah bercampur dalam badan kita? Jadi, adakah kita masih lagi manusia?
Minum direct macam ni, lagi syokkk ooo |
Saya faham ustazah ingin menonjolkan sisi baik penyusuan ibu berbanding penyusuan-penyusuan lain, namun ustazah harus lebih berhati-hati dalam membawakan fakta. Sepatutnya ustazah lebih tekankan kebaikan penyusuan ibu berbanding mengkritik penyusuan susu formula kecuali memang terdapat kajian yang sahih dan dijelaskan secara terang-terangan dalam Al-Quran. Ataupun mungkin ustazah panik dan tersasul untuk menghuraikan tentang pemakanan tetapi tersebut istilah DNA pula.
Kita pun, sebagai orang yang kurang membaca, tidak perlulah mengkritik ustazah sebegitu rupa hanya kerana beberapa keping gambar yang tersebar di Facebook.
Cuba banyakkan bacaan tentang susu ibu dan susu formula, mungkin akan temui jawapannya.
Namun, susu ibu tetap nombor 1.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan