(KISAH BENAR!!) Cerita Seram Badi Mayat Terkena Pada Bayi.
Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat pada suatu cerita tragedi yang menimpa kepada seorang bayi perempuan , ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila melihat keadaan anak begitu.
Masa berlalu sehinggalah rumah bayi tersebut di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an yang memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya keluarga tersebut memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu.
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak itu sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang didalam rumah itu. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya wajah seorang bayi tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubati bayi tersebut hingga sembuh, dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta pada keluarga tersebut mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi tersebut adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan itu) jika dibiarkan bayi tersebut mungkin akan turut meninggal.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Bapa bayi tersebut memandikan bayi perempuan itu seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi (dari pinggang kebawah) ianya bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.
Keesokkannya pagi-pagi lagi bapa bayi itu telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya dia bertemu dengan kawan lamanya yang kebetulan kematian datuk. Beliau meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak kawannya itu. Bapa tersebut menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati bila nama bayi perempuannya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja bapa itu serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta si Ibu memandikan bayi tersebut tetapi tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu kepada si ibu yang mengambil alih tempatnya.
Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu bayi tersebut tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang #Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama keluarga tersebut mendengar tangisan bayinya, tangisan yang di rindui selama beberapa bulan yang lalu. Bayi tersebut meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah itu. Dalam masa yang sama terdengar suara yang memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu yang dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam dan ibu tersebut terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada keluarga tersebut. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarahi orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi itu. Cik Man cakap itu badi mayat. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara kepada ibu bayi tersebut, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi tersebut.
Sebagai tanda terima kasih, keluarga itu pernah sekali ingin ke rumah Cik Man dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk Cik Man dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi itu sudah pandai bertatih dan sihat walafiat.
Setelah segala kesulitan terurai mereka bercadang untuk menziarahi Cik Man, setelah mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila mereka sampai ke alamat itu keluarga tersebut melihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut dan usang. Setelah bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Keluarga tersebut berpandangan sesama sendiri sambil mengucap panjang. Barang yang telah terniat untuk Cik Man mereka sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Sebagai panduan
*ayat-ayat yang sesuai untuh dibacakan bagi melindungi diri atau orang lain terutama dari gangguan sihir.Kaedah ini diamalkan untuk perlindungan keluarga termasuk anak isteri dan sesiapa yang memerlukannya terutamanya anak anak kecil. la elok dilakukan di waktu pagi dan petang dengan menghadap kiblat sambil menadah kedua-dua belah tangan seperti orang berdoa.
Ayat yang dibaca terdiri daripada: Surah Al-Ikhlas Surah Al-Falaq Surah An-Nas. Selepas membaca Bismillah dan surah Al-Fatihah baca surah AlIkhlas, kemudian surah AI-Falaq. Akhir sekali barulah surah An-Nas. Setelah ketiga-tiga surah tadi sempurna dibaca menurut kaedah di atas tiup tangan perlahan-lahan hingga habis nafas. Semasa hampir habis nafas, raup kedua-dua tapak tangan ke seluruh muka, rambut dan semua bahagian kepala, diikuti dengan seluruh bahagian badan kecuali di kedua-dua anggota sulit badan. Amalan ini boleh dilakukan sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan