POP

Rabu, 23 September 2015

INFO PENTING !!! 8 Jenis Penyakit Merbahaya Boleh Disembuhkan Hanya Dengan Berjalan Kaki !!!

INFO PENTING !!! 8 Jenis Penyakit Merbahaya Boleh Disembuhkan Hanya Dengan Berjalan Kaki !!!


Pastinya ramai tidak tahu tentang cerita ini kan ? Hari ni admin akan kongsi tips menarik khas untuk korang pembaca blog ini ye. Sila Share Pada Rakan-rakan anda...

8 Penyakit Merbahaya Boleh Di Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jom baca 8 tips menarik ini khas untuk anda semua ye. hehe Jom baca dibawah

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh....

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi....

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam....

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara....

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis....

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases)....

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes...

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi....

Nota : Harap korang bole manfaatkan info berguna ini ye. Tak rugi apa pun malah kesihatan anda juga terjamin kan. hehe....

MESTI LIHAT !!! Inilah 13 Gambar Keadaan Segitiga Bermuda Setelah Kering !!!

Inilah 13 Gambar Keadaan Segitiga Bermuda Setelah Kering !!!


Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle...




Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon...






Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya....







Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.....

BIKIN PANAS!!! MENGINTAI TUNANG MANDI ???




Isnin, 21 September 2015

GAMBAR AIR LAUT BERTUKAR WARNA MERAH...PETANDA APAKAH ITU???

Keanehan muncul di Bandar Shenzhen, Wilayah Guangzhou, sebelah selatan China. Para pengunjung pantai Shenzhen dikejutkan dengan  ombak berwarna merah ....

Menurut CCTV News , para penduduk pada  awalnya menduga ombak merah itu kerana darah haiwan yang menjadi mangsa yu. Namun dugaan ini jadi tidak masuk akal kerana air laut tidak berubah menjadi hanyir....

Sebahagian pengunjung kemudian menyebutkan kejadian ini sebagai salah satu petanda sudah dekatnya kiamat. Sebabnya, menurut ramalan injil, kiamat akan tiba ketika laut berwarna merah....

Pihak agensi kerajaan china lantas memeriksa air laut tersebut. Rupanya, ombak berwarna merak itu disebabkan membiaknya populasi alga merah (noctiluca scintillans)....

Meskipun begitu   tidak berbahaya kepada penduduk Zhou Kai, menyatakan pihaknya akan terus mengawal  laut. Untuk itu, penduduk lebih baik tidak mendekati air terlebih dahulu. Kai juga meminta rakyat tidak mengaitkan fenomena alam ini dengan kepercayaan karut yang macam-macam...

"Jadi kami menyarankan penduduk dan pelancong tidak mandi dengan air laut terlebih dulu," kata Kai. "Penduduk terkejut dengan perubahan metereologis dan hidrologi di kawasan sekitar...."


MESTI BACA !!! Tahukah Anda Bahawa Kolagen Merupakan Pembunuh Dalam Diam ???

Awas ,Mesti Baca !!! Tahukah Anda Bahawa Kolagen Merupakan Pembunuh Dalam Diam ???


JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini....

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar...

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.

“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.

“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.

“Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.

Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat,” katanya.

Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.

“Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen,” katanya.

Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.

“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

“Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.

Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.

“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.

Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.

“Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.

“Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.

“Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan,” katanya.

Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.

“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.

“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.

Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.

“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya....

Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh....

“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit....

Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan....

Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual....

“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli....

“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya....

Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini....

Khamis, 17 September 2015

Seram !!! Kisah Benar Ustaz Saksikan Hantu Raya Jilat Air Mayat Tuannya......!!!

Seram !!! Kisah Benar Ustaz Saksikan Hantu Raya Jilat Air Mayat Tuannya......!!!




Sebagai seorang manusia, juga sebagai hamba Allah, 
kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan 
Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak 
akan diampunkan oleh Allah.

Ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah 
di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala 
dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air 
mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah 
yang baru sahaja tuannya meninggal dunia. 

Apakah sebenarnya yang terjadi? 

Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada 
Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan 
yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu 
setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum 
ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung 
sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya. 

Suasana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah 
mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung 
Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya, 
Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful . 

Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah 
dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang 
sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah 
mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut 
menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo, 
orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya. 

Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian 
tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan 
selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan. 

Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah 
kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza 
dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar. 
Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat 
kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan 
yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk 
kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya. 

Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya 
bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan. 
Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi 
dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup 
berbaloi untuk keluarganya. 

Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak 
Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun 
ramai yang meregui kemampuannya. Walaupun gagah mana, 
takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit 
secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang 
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun 
buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya 
sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit 
seleranya tetap sama seperti dulu. Selalunya rutin makan 
Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik 
saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja 
Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat. 
Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru 
sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup 
hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu. 

Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat. 
Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah 
Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas 
diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua. 

Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti 
kepanasan cukup menggerunkan. Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo. 
Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di 
kampong seberang untuk membantu masalah itu. “Dah 
berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz 
yang duduk disebelah suaminya. “Adalah lima bulan,” 
balasnya sayu. “Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil 
mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo. Ustaz Aziz 
kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi 
Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah 
untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh 
aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz 
menyentuh dahinya buat kali ketiga. Beberapa orang 
penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada 
yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo 
kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga. 

Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang 
dianggap bukan suara Wak Kejo. Ustaz Aziz terus 
membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin 
oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin 
gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti 
kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung 
kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum 
kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa 
disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir. 
Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi 
kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia. 
“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah 
panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-
lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,” 
kata Ustaz Aziz tenang. Sementara menunggu tukang 
mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah 
Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan 
hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya 
turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk 
solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo 
dimandikan dan dikapan. 

Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah 
perkuburan Islam di hujung kampong pada malam 
tersebut. Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah 
Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli 
keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur. 
Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar 
bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya 
tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi. 

Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun 
bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air. 
Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah 
rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia 
menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut 
apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka 
menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat. Mak Tija 
mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia 
masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani. 
Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah. 

Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu 
kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana 
takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan 
perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya. 
Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji 
akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti 
mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga 
seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya 
bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca 
ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari 
pandangan mereka. 

Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang 
ke rumahnya. Setelah diselidik latar belakang arwah 
Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada 
membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda 
dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya. 
Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu 
oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka 
bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan 
hantu raya yang dibelannya. Kejadian serupa ini banyak 
berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol 
dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi 
pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan 
diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT. 

BIKIN SENTAP !!! Diari Ikhlas Seorang Suami Yang Pastinya Akan Menyentuh Perasaan Seorang Isteri !!!

Diari Ikhlas Seorang Suami Yang Pastinya Akan Menyentap Perasaan Seorang Isteri !!!




30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri...

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ....

Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah....

setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi....

Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..

sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak....

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50....

Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik....

BIKIN PANAS !!! Minuman Teh Krisantimum Yeo's Boleh Menyebabkan Kanak-Kanak Hiperaktif

[MOHON VIRALKAN!]
Teh Krisantimum Yeo's Boleh Menyebabkan Kanak-Kanak Hiperaktif
Baru-baru ini, saya perasan dengan notis kecil pada minuman tin Teh Bunga Yeo's atau Teh Krisantimum 300ml, yang dijual dengan harga RM1 di 7-Eleven.
Saya beli beberapa tin minuman tersebut kerana ingin minum minuman sejuk yang bagus. Saya perasan di bahagian tin ada ditampal dengan satu pelekat notis kecil. Hairan dengan pelekat tersebut, saya menanggalkannya.
Pada mulanya, ia kelihatan seperti maklumat yang sama. Tetapi terdapat perbezaan dari cetakan asal pada tin yang dinyatakan mengandungi kandungan pewarna E102 dan E110 yang dibenar pada tin tersebut.
Jadi, saya mengambil keputusan untuk menyelidik 2 kod tersebut.
Kod E102 dan E110 adalah dua kod daripada enam kod pewarna yang boleh meningkatkan kadar hiperaktif pada kanak-kanak. Parlimen Eropah pada 8 Julai 2008 pada pelabelan makanan yang mengandungi enam pewarna makanan ini memutuskan bahawa ia mungkin mendatangkan kesan yang memudaratkan kepada kanak-kanak.
Sekarang saya tertanya-tanya, adakah Yeo's sedar akan kesan buruk daripada bahan pewarna makanan ini kepada kanak-kanak dan adakah tindakan menutup maklumat kandungan bahan dalam air minuman ini untuk menyembunyi fakta tersebut?
Tartrazine (E102)
Diskripsi: Pewarna kuning sintetik yang terdapat dalam gula-gula, biskut dan kacang pea.
Kesan pada kesihatan: Menyebabkan hiperaktif, yang dikaitkan dengan tindak balas alahan dan migrain.
Sunset Yellow (E110)
Diskripsi: Pewarna kuning sintetik yang terdapat dalam gula-gula, ais krim, minuman bergas.
Kesan pada kesihatan: Menyebabkan hiperaktif dan dikaitkan dengan gangguan perut dan bengkak kulit.
RUJUKAN:

Teh Krisantimum Yeo's Boleh Menyebabkan Kanak-Kanak Hiperaktif | Berita harian net
19:40 Informasi, Isu Semasa, Kisah Benar Teh Krisantimum artis Yeo's Boleh Menyebabkan Kanak-Kanak Hiperaktif Baru-baru ini...

BIKIN PANAS !!! Sedih Sekali Apabila Seorang Suami Terpaksa Jamin 2 Orang Isterinya

Pergh!!! Ini Kes Satu Dalam Seratus Juta : Sedih Sekali Apabila Seorang Suami Terpaksa Jamin 2 Orang Isterinya 

Seorang suami terpaksa melakukan tanggungjawab yang mungkin tidak pernah dibayangkannya sebelum ini iaitu menjamin dua isterinya yang ditahan pihak berkuasa kerana berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini.

Difahamkan dalam operasi itu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Sekadar gambar hiasan

Kedua-dua wanita bermadu berusia 30-an itu ditahan selepas didapati bersekedudukan dengan lelaki berusia 30-an di sebuah hotel terkemuka di kawasan pantai peranginan popular itu.

Sumber berkata, ketika serbuan kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, anggota penguat kuasa memberi salam sebelum mengetuk pintu bilik beberapa kali dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum dibuka seorang wanita berpakaian lengkap.

Menurutnya, anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang lelaki dan wanita lain berpakaian lengkap juga berada di bilik hotel berkenaan.

“Ketika disoal siasat, dua wanita dan lelaki itu mengaku mereka bukan suami isteri atau mahram. Lebih mengejutkan, hasil soal siasat mendapati kedua-dua wanita berkenaan bermadu dan datang ke daerah itu kononnya untuk bercuti dari ibu kota,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Katanya, untuk membuktikan dakwaan dua wanita itu sahih, anggota penguat kuasa menghubungi suami mereka dan lelaki berkenaan turut mengakui kedua-duanya adalah isterinya yang sah.

“Hasil soal siasat, kedua-dua wanita itu mengakui mereka menipu suami mengatakan mahu pergi bercuti bersama di tempat peranginan itu. Malah, kedua-dua mereka memang madu yang baik dan rapat berdasarkan soal siasat dijalankan,” katanya.

Menurut sumber, ketika disoal siasat madu terbabit dengan keadaan muka yang pucat lesi memberi alasan mereka datang bercuti bersama.

Katanya, lebih menyedihkan, suami kedua-dua wanita itu terpaksa datang dari ibu kota semata-mata untuk menjamin isterinya yang curang.

“Semua mereka dilepaskan dengan jaminan sebelum didakwa di mahkamah atas tuduhan berkhalwat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 61 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana terbabit dengan kegiatan khalwat atau melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Ahad, 13 September 2015

BIKIN PANAS !!! VAPE ON KATANYA...(6 Gambar) Wajah-wajah Model Perisa NeneN melayu..

(6 Gambar) Wajah-wajah Model VAPER Perisa NeneN melayu.. Hebat marketing strategy depa



Wajah-wajah Model Perisa Vape NeneN melayu.. Hebat marketing strategy depa. Tak laku lagi tak tau la... 












PANAS !!! KES CULIK, ROGOL & BUNUH YANG SEMAKIN MENJADI-JADI


KES CULIK, ROGOL & BUNUH YANG SEMAKIN MENJADI-JADI


Warga Prihatin's photo.











IBUBAPA MASIH AMBIL MUDAH DENGAN SITUASI BEGINI...
Berita yang dipost oleh Ahmad Kamal ini minta diviralkan oleh pembaca 
sebagai peringatan kepada para ibubapa.
Ia merupakan kejadian yang menyayat hati. Seorang kakak berumur 
11 tahun diculik oleh orang Kemboja. Beliau cuba dirogol tetapi dapat 
melarikan diri...
Adik beliau umur 6 tahun telah mati dibunuh dan dibuang dalam parit 
di Felcra bt 9, Sijangkang...
Rakan kita ini berada di lokasi untuk mencari bersama kakak mangsa 
dari jam 10 pagi hingga jam 2 petang.
Polis melapurkan suspek telah ditangkap. Dilapurkan ada 4 kematian 
yang kesemuanya dari satu keluarga berpunca dari dendam penipuan 
jualan dadah. Ibu anak ini diakui suspek telah beliau rogol sebelum dibunuh. 
Begitu kejamnya manusia hari ini.

FENOMENA ANAK HILANG
Tanpa merujuk kepada kes ini, harus diingat bahawa saban hari kita 
menerima berita anak hilang dan cubaan-cubaan menculik. Tidak 
dinafikan ramai juga anak kecil seusia 9 tahun, khususnya anak lelaki 
yang sudah pandai melarikan diri dari rumah untuk hidup bebas.
Anak gadis pula sudah ramai yang berani lari rumah seawal usia 
13 tahun lagi (tingkatan 1). Kebanyakannya kerana mabuk cinta 
dan ketagihan seks sehingga sanggup lari bersama teman lelaki. 
Berita yang tersiar di TV Awani beberapa hari lepas menunjukkan 
ramai remaja bawah umur sudah 'terperangkap' dengan dadah 
bersama teman lelaki masing-masing.
Kehilangan anak kecil di usia tadika sudah menjadi perkara biasa. 
Mereka ini masih belum ada nafsu dan akal lagi untuk lari rumah. 
Oleh itu, pasti ada unsur jenayah yang berbagai gaya. Ini seharusnya 
menjadi kebimbangan bagi ibubapa.
Berita yang kita saksikan ini, dan begitu banyak berita seumpamanya 
yang dilapurkan sebelum ini telah 'membenarkan' begitu banyak 
lapuran ibubapa di media sosial akan cubaan-cubaan untuk menculik 
anak mereka.
Kami ingin kongsikan pengalaman kami sendiri bahawa terlalu banyak 
'laluan' dan peluang kepada berlakunya bencana ini. Curigailah keselamatan 
anak-anak kita. Jangan mudah percaya, lalu kita terus menerus lalai dan leka.
Hari ini ancaman sentiasa menanti anak-anak kita di mana sahaja mereka 
berada. Dalam bas sekolah, bas kilang, komuter, di bus stop, bahkan di 
Kompleks membeli belah, di tandas awam dan pasar malam pun tidak 
begitu selamat untuk anak-anak dan warga perempuan kita.
Memerhatikan begitu banyak kelalaian ibubapa di sepanjang R&D yang 
kami lakukan menjadikan kami rasa takut dan ngeri. Sukar untuk kami 
nukilkan satu persatu supaya dipercayai dan diambil berat melainkan 
ibubapa sendiri ikut mengkaji.
NASIHAT KAMI
Jika kita tidak mampu mengubah suasana, ubahlah disiplin diri dan keluarga 
kita. Pastikan anak-anak sentiasa meminta izin untuk keluar ke mana sahaja. 
Pastikan juga mereka ada teman yang mampu saling apit mengapit agar 
sentiasa dalam keadaan selamat sebelum kita mengizinkannya.
Jika perlu, tunjukkan berita yang menyayat hati ini kepada anak-anak kita 
yang suka 'berkeliaran' tanpa izin sebagai 'fear motivation' kepada mereka.
Kebanyakan lelaki PATI dan pekerja asing di negara ini tinggal tanpa 
pasangan mereka. Begitu juga ancaman dari lelaki penagih dadah, duda, 
lelaki gila seks yang tidak berkahwin, pemabuk dan seumpamanya. Itu tidak 
termasuk orang gila PEDOFILIA yang memang anak kecil menjadi minat mereka.
Ada kalanya mereka mungkin tidak dapat menahan nafsu. Untuk menggoda 
wanita dewasa mungkin sukar berhasil. Untuk memperkosa perempuan 
dewasa banyak pula risikonya. Oleh itu, pilihan yang ada pada mereka 
dalah dengan memperkosa anak-anak kecil kita yang tidak mampu melawan lagi.
Oleh itu, didiklah anak perempuan kita dari kecil agar sentiasa menutup 
aurat melalui pakaian, tingkah laku dan suara mereka. Ingatlah bahawa 
pemangsa sentiasa 'mengintai' gerak geri anak-anak kita untuk mencari 
peluang memerangkap mereka.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".
"DOA SELAMAT BUAT ANAK-ANAK KITA".
WARGA PRIHATIN.

BIKIN PANAS !!! Melayu memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?

“Melayu Memang Diharamkan Buat Baik Dengan Makhluk Allah Ni Ke?”




Salute! Dengan sikap keprihatinan wanita ini terhadap haiwan liar,
wanita ini yang selalu beri makan kepada anjing liar dibelakang
rumahnya merasa geram dan sedih apabila anjing yang dinamakan
Jimmy itu ditangkap dan mahu dibunuh.

Apa yang lebih buatkan wanita ini bertambah marah, pihak yang
mahu menangkap anjing itu mempertikaikan status bangsanya
hanya kerana niat murninya terhadap seekor anjing!
Ikuti kisah ini selanjutanya dan ia akan membuatkan anda semua
kagum dengan wanita ini.

Melayu memang diharamkan buat baik 
dgn makhluk Allah ni ke?


Hari ni benda yg paling aku takut, jadi depan mata sendiri. Ya Allah..
tolong..lemah dah semangat aku ni.. Ya Allah..memang tak kuat..
(Maaf, tak ada niat nak burukkan melayu, aku mintak maaf dengan
org melayu yg terasa sebab aku ikut perasaan sgt. Pasal pakcik
tua tu, aku dah lama sgt pendam rasa marah dgn dia since kes dia
racun anjing n kucing kat taman aku ni.Buatkan aku lagi marah, bila
aku dah usaha merayu dog catcher ni lepaskan puppy ni, dah nekad
aku taknak lepaskan anak anjing ni tadi, tiba2 pakcik tua tu keluar
rumah terus paksa dog catcher ni angkut je puppy ni. Sia2kan usaha aku)

Untuk my few indian neighbours tadi, thank you aunty sebab faham.
Thanks sebab faham bila ada anjing2 ni berkawal belakang rumah,
kes pencuri pun kurang. Maaf sebab bangsa sy tak faham kebaikan
haiwan ni, just nampak keburukan yg sebenarnya bukan keburukan pun.

Tadi pegawai meLAYU tu tanya awak ni melayu ke? Kenapa?? Melayu
memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?? ok, kalau
buat baik dengan makhluk Allah ni dikatakan sesat melayu (melayu
sesat,bukan islam ok, ada yg manipulasi ayat aku!), aku sanggup sesat
sampai bila2! Kau, jiran. Kau bertanggungjawab 100% atas kematian
puppy ni kalau betul puppy ni dibunuh nanti. Aku sendiri akan jadi saksi
utk puppy ni kat sana nanti. Amin!

Atas dasar rasa sayang terhadap haiwan yang mendalam, wanita ini
bernekad untuk lawan habis-habisan demi menyelamatkan Jimmy.

No worries Jimmy, Selagi Tuhan tak tetapkan 
sampainya ajal kakak, Kakak ada!



 Alamdulillah!! Jimmy, Ateh n ibu puppy selamat dari kena  
angkap dgn MPS! Esok misi keluarkan puppy! Korang2 nak 
lawan dengan aku sangat kan! Lagi korang report, lagi aku 
selamat n keluarkan selagi haiwan2 ni hidup!! No worries 
Jimmy. Kakak ada. Selagi Tuhan tak tetapkan sampainya 
ajal kakak, Jimmy n kawan2 Jimmy, Kakak ada! Esok kakak 
applykan lesen utk Jimmy ok. Tapi kena janji dengan kakak, 
jangan hilangkan colar lagi. Kakak sayang korang. *Ko orang 
yg kaki report, selagi aku hidup, dan belum sampai ajal 
budak2 ni atas kebusukan hati korang, selagi tu aku akan 
lawan!! Korang report suruh tangkap? Aku keluarkan n 
apply lesen! Korang bunuh? Tak apa, korang jawab sendiri 
dgn Tuhan bila sampai masa nanti!

Murni sungguh niat Cik Putri ni, semoga Allah membalas segala
perbuatan baik anda terhadap haiwan tersebut dan dibalas dengan 
ganjaran lebih besar oleh Allah. Amin