POP

Ahad, 13 September 2015

BIKIN PANAS !!! Melayu memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?

“Melayu Memang Diharamkan Buat Baik Dengan Makhluk Allah Ni Ke?”




Salute! Dengan sikap keprihatinan wanita ini terhadap haiwan liar,
wanita ini yang selalu beri makan kepada anjing liar dibelakang
rumahnya merasa geram dan sedih apabila anjing yang dinamakan
Jimmy itu ditangkap dan mahu dibunuh.

Apa yang lebih buatkan wanita ini bertambah marah, pihak yang
mahu menangkap anjing itu mempertikaikan status bangsanya
hanya kerana niat murninya terhadap seekor anjing!
Ikuti kisah ini selanjutanya dan ia akan membuatkan anda semua
kagum dengan wanita ini.

Melayu memang diharamkan buat baik 
dgn makhluk Allah ni ke?


Hari ni benda yg paling aku takut, jadi depan mata sendiri. Ya Allah..
tolong..lemah dah semangat aku ni.. Ya Allah..memang tak kuat..
(Maaf, tak ada niat nak burukkan melayu, aku mintak maaf dengan
org melayu yg terasa sebab aku ikut perasaan sgt. Pasal pakcik
tua tu, aku dah lama sgt pendam rasa marah dgn dia since kes dia
racun anjing n kucing kat taman aku ni.Buatkan aku lagi marah, bila
aku dah usaha merayu dog catcher ni lepaskan puppy ni, dah nekad
aku taknak lepaskan anak anjing ni tadi, tiba2 pakcik tua tu keluar
rumah terus paksa dog catcher ni angkut je puppy ni. Sia2kan usaha aku)

Untuk my few indian neighbours tadi, thank you aunty sebab faham.
Thanks sebab faham bila ada anjing2 ni berkawal belakang rumah,
kes pencuri pun kurang. Maaf sebab bangsa sy tak faham kebaikan
haiwan ni, just nampak keburukan yg sebenarnya bukan keburukan pun.

Tadi pegawai meLAYU tu tanya awak ni melayu ke? Kenapa?? Melayu
memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?? ok, kalau
buat baik dengan makhluk Allah ni dikatakan sesat melayu (melayu
sesat,bukan islam ok, ada yg manipulasi ayat aku!), aku sanggup sesat
sampai bila2! Kau, jiran. Kau bertanggungjawab 100% atas kematian
puppy ni kalau betul puppy ni dibunuh nanti. Aku sendiri akan jadi saksi
utk puppy ni kat sana nanti. Amin!

Atas dasar rasa sayang terhadap haiwan yang mendalam, wanita ini
bernekad untuk lawan habis-habisan demi menyelamatkan Jimmy.

No worries Jimmy, Selagi Tuhan tak tetapkan 
sampainya ajal kakak, Kakak ada!



 Alamdulillah!! Jimmy, Ateh n ibu puppy selamat dari kena  
angkap dgn MPS! Esok misi keluarkan puppy! Korang2 nak 
lawan dengan aku sangat kan! Lagi korang report, lagi aku 
selamat n keluarkan selagi haiwan2 ni hidup!! No worries 
Jimmy. Kakak ada. Selagi Tuhan tak tetapkan sampainya 
ajal kakak, Jimmy n kawan2 Jimmy, Kakak ada! Esok kakak 
applykan lesen utk Jimmy ok. Tapi kena janji dengan kakak, 
jangan hilangkan colar lagi. Kakak sayang korang. *Ko orang 
yg kaki report, selagi aku hidup, dan belum sampai ajal 
budak2 ni atas kebusukan hati korang, selagi tu aku akan 
lawan!! Korang report suruh tangkap? Aku keluarkan n 
apply lesen! Korang bunuh? Tak apa, korang jawab sendiri 
dgn Tuhan bila sampai masa nanti!

Murni sungguh niat Cik Putri ni, semoga Allah membalas segala
perbuatan baik anda terhadap haiwan tersebut dan dibalas dengan 
ganjaran lebih besar oleh Allah. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan