Seram !!! Kisah Benar Ustaz Saksikan Hantu Raya Jilat Air Mayat Tuannya......!!!
kita amat ditegah sama sekali untuk menyekutukan
Allah SWT. Ingatlah dosa syirik adalah doa yang tidak
akan diampunkan oleh Allah.
Ingin berkongsi dengan anda semua, tentang satu kisah
di mana seorang ustaz menyaksikan dengan mata kepala
dirinya sendiri, satu lembaga sedang asyik menjilat air
mandian mayat di sebuah sudut dalam sebuah rumah
yang baru sahaja tuannya meninggal dunia.
Apakah sebenarnya yang terjadi?
Kisah ini diceritakan sendiri oleh Ustaz Abdul Aziz kepada
Johan Iskandar (wartawan) mengenai seorang nelayan
yang gara-gara membela hantu raya bertujuan membantu
setiap pekerjaan hariannya ke laut menangkap ikan sebelum
ditimpa penyakit misteri yang berbulan-bulan ditanggung
sehingga menghembuskan nafas terakhir disisi keluarganya.
Suasana sedih melanda keluarga arwah Wak Kejo setelah
mengalami sakit misteri berbulan-bulan, akhirnya Wak Kejo menghembus nafas terakhir. Keperitan yang ditanggung
Wak Kejo semasa nazak memberi keinsafan kepada isterinya,
Tija serta 3 anak bujang lelakinya Samad, Seman dan Saiful .
Menurut penduduk kampong arwah Wak Kejo cukup gagah
dan masih tegap seperti orang muda walaupun usianya yang
sudah mencapai 80-an. Setaiap hari Wak Kejo tidak pernah
mengeluh apabila melakukan kerja hariannya ke laut
menangkap ikan. Kalau dilihat dari segi kerja Wak Kejo,
orang muda pun tidak mampu melakukan sepertinya.
Tetapi bagi wak Kejo kerja berat menarik pukat bersendirian
tidak pernah membuatnya sakit atau letih. Begitu juga dengan
selera Wak Kejo membuatkan isterinya merasa hairan.
Selalunya pada usia seperti Wak Kejo orang lain sudah
kehilangan selera makan dan nafsu seks. Tetapi berbeza
dengan Wak Kejo yang selalu bertenaga dan berselera besar.
Isterinya pula menyangka suaminya cukup sihat dan kuat
kerana mengamalkan ubat akar kayu. Oleh kerana kekuatan
yang luarbiasa, Wak Kejo menjadi buah mulut penduduk
kampong yang memuji dan kagum dengan kehebatannya.
Kerjanya di laut, dia sangat kuat. Biasanya dia hanya
bersendirian melakukan kerja sebagai seorang nelayan.
Subuh lagi dia sudah keluar ke laut dan sekitar jam 8 pagi
dia sudah pulang membawa banyak hasil laut yang cukup
berbaloi untuk keluarganya.
Oleh kerana ketiga-tiga anaknya bekerja di bandar Wak
Kejo melakukan semua kerja itu seorang diri walaupun
ramai yang meregui kemampuannya. Walaupun gagah mana,
takdir tidak boleh di elak. Akhirnya Wak Kejo jatuh sakit
secara mengejut. Peliknya dia tidak menghadapi sebarang
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis mahupun
buah pinggang. Sakit yang dialaminya cukup menyeksanya
sehingga dia terbaring kaku di atas katil. Walaupun sakit
seleranya tetap sama seperti dulu. Selalunya rutin makan
Wak Kejo ialah nasi bersama seekor ayam bakar. Sebaik
saja makanan itu dihidangkan kepadanya, sekelip mata saja
Wak Kejo boleh habiskan seperti orang sedang lapar sangat.
Dia selalu merenget meminta makanan walaupun baru
sebentar tadi sudah dihidangkan kepadanya. Isterinya cukup
hairan dengan sikap suaminya yang luarbiasa itu.
Sepanjang hidup bersama Wak Kejo belum pernah dia melihat suaminya melantak semua makanan itu dalam masa singkat.
Semakin hari penyakitnya semakin parah. Setiap hari ada saja penduduk kampong datang ke rumahnya melawat dan membaca Yassin. Setiap kali dibacakan Yassin, Wak Kejo akan meraung kepanasan. Beberapa orang doctor pernah datang ke rumah
Wak Kejo untuk merawat penyakitnya, namun selepas
diperiksa mereka berkata Wak Kejo tidak mengalami sebarang penyakit. Mereka percaya Wak Kejo mengalami penyakit tua.
Semakin hari mukanya semakin pucat dan hitam seperti
kepanasan cukup menggerunkan. Isteri dan anak-anaknya tidaksanggup melihat penderitaan yang di alami Wak Kejo.
Akhirnya mereka memanggil Ustaz Aziz yang tinggal di
kampong seberang untuk membantu masalah itu. “Dah
berapa lama Wak Kejo sakit Mak Tija?”. Tanya Ustaz Aziz
yang duduk disebelah suaminya. “Adalah lima bulan,”
balasnya sayu. “Masya Allah,” ucapnya perlahan sambil
mengeleng kepala melihat wajah Wak Kejo. Ustaz Aziz
kemudiannya membaca sesuatu sambil menyentuh dahi
Wak Kejo perlahan-lahan. Dia membaca beberapa surah
untuk meringankan kesakitan Wak Kejo. “Jangan sentuh
aku! Panasss….” Jerit Wak Kejo sebaik saja Ustaz Aziz
menyentuh dahinya buat kali ketiga. Beberapa orang
penduduk kampong sedang membaca Yassin da nada
yang sedang duduk di ruang tamu rumah Wak Kejo tersentak mendengar jeritan kuat Wak Kejo. Walaupun Wak Kejo
kelihatan nazak, tapi suaranya amat kuat bertenaga.
Ustaz Aziz dapat merasakan kelainan suara itu yang
dianggap bukan suara Wak Kejo. Ustaz Aziz terus
membaca ayat al-Quran dengan diikuti bacaan Yassin
oleh penduduk kampung. Keadaan Wak Kejo semakin
gelisah. Dia cuba meronta ke kiri dan kanan seperti
kesakitan. Selama sejam Wak Kejo meronta dan meraung
kepanasan. Dia beberapa kali meminta air untuk minum
kerana terasa badannya terlalu panas. Akhirnya tanpa
disedari wak Kejo menghembuskan nafas terakhir.
Tiba-tiba saja badanya yang gempal bertukar menjadi
kurus kering seperti sudah lama meninggal dunia.
“Mak Tija, Wak Kejo sudah meninggal dunia. Pergilah
panggil tukang mandi mayat segera. Jangan lengah-
lengahkan lagi. Mayat arwah perlu dikebumikan segera,”
kata Ustaz Aziz tenang. Sementara menunggu tukang
mandi mayat tiba, mereka membiarkan jenazah arwah
Wak Kejo di ruang tamu rumah itu. Memandangkan
hamper masuk waktu Isyak, semua tetamu kemudiannya
turun dari rumah ke surau tidak jauh dari situ untuk
solat Isyak. Selepas solat Isyak, jenazah Wak Kejo
dimandikan dan dikapan.
Jenazah arwah kemudian dikebumikan di tanah
perkuburan Islam di hujung kampong pada malam
tersebut. Selesai kebumian, pada malam itu tinggallah
Mak Tija, 3 orang anaknya dan beberapa orang ahli
keluarganya. Kerana letih kebanyakkan mereka tertidur.
Tidak beberapa lama kemudian, Mak Tija terdengar
bunyi seperti sesuatu menyusur di bawah rumahnya
tempat arwah Wak Kejo dimandikan tadi.
Pada mulanya, Mak Tija ingatkan kucing, bagaimanapun
bunyi itu semakin kuat seperti sesuatu sedang menjilat air.
Mak Tija cuba memberanikan diri turun ke bawah
rumahnya sambil membawa lampu picit. Sebaik saja dia
menyuluh ke arah bunyi suara itu, Mak Tija terkejut
apabila melihat sesusuk tubuh manusia tinggal rangka
menyerupai suaminya sedang menjilat air mayat. Mak Tija
mula rasa takut, bulu romanya tegak berdiri. Namun dia
masih menyuluh kea rah lembaga itu dengan berani.
Lembaga itu sedang berlutut di bawah rumah.
Pada mulanya Mak Tija cuba merahsiakan perkara itu
kepada sesiapa walaupun keluarga terdekat tetapi kerana
takut perkara itu berulang kembali dia menceritakan
perkara itu kepada Ustaz Aziz saja pada keesokannya.
Ustaz Aziz bersetuju membantu Mak Tija dan berjanji
akan datang ke rumahnya pada lewat malam. Seperti
mana yang dijanjikan, Ustaz Aziz melihat sendiri lembaga
seperti arwah Wak Kejo sedang menjilat-jilat air mayatnya
bagai kehausan. Ustaz Aziz kemudiannya segera membaca
ayat Kursi dan secepat kilat lembaga itu hilang dari
pandangan mereka.
Sejak peristiwa itu, lembaga Wak Kejo tidak lahi pulang
ke rumahnya. Setelah diselidik latar belakang arwah
Wak Kejo, rupanya selama ini arwah Wak Kejo ada
membela hantu raya untuk membuat dia kelihatan muda
dan kuat tanpa perlu diketahui isteri serta anak-anaknya.
Setiap kerja yang dilakukan Wak Kejo semuanya dibantu
oleh hantu raya itu. Kerana itulah dia lebih suka
bersendirian pergi menangkap ikan kerana bertemankan
hantu raya yang dibelannya. Kejadian serupa ini banyak
berlaku di mana-mana apabila individu tertentu bersekongkol
dengan jin atau syaitan. Perkara ini haruslah menjadi
pengajaran kepada kita semua supaya dapat menghindarkan
diri dari kejadian yang dimurkai Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan