POP

Ahad, 13 September 2015

PANAS !!! KES CULIK, ROGOL & BUNUH YANG SEMAKIN MENJADI-JADI


KES CULIK, ROGOL & BUNUH YANG SEMAKIN MENJADI-JADI


Warga Prihatin's photo.











IBUBAPA MASIH AMBIL MUDAH DENGAN SITUASI BEGINI...
Berita yang dipost oleh Ahmad Kamal ini minta diviralkan oleh pembaca 
sebagai peringatan kepada para ibubapa.
Ia merupakan kejadian yang menyayat hati. Seorang kakak berumur 
11 tahun diculik oleh orang Kemboja. Beliau cuba dirogol tetapi dapat 
melarikan diri...
Adik beliau umur 6 tahun telah mati dibunuh dan dibuang dalam parit 
di Felcra bt 9, Sijangkang...
Rakan kita ini berada di lokasi untuk mencari bersama kakak mangsa 
dari jam 10 pagi hingga jam 2 petang.
Polis melapurkan suspek telah ditangkap. Dilapurkan ada 4 kematian 
yang kesemuanya dari satu keluarga berpunca dari dendam penipuan 
jualan dadah. Ibu anak ini diakui suspek telah beliau rogol sebelum dibunuh. 
Begitu kejamnya manusia hari ini.

FENOMENA ANAK HILANG
Tanpa merujuk kepada kes ini, harus diingat bahawa saban hari kita 
menerima berita anak hilang dan cubaan-cubaan menculik. Tidak 
dinafikan ramai juga anak kecil seusia 9 tahun, khususnya anak lelaki 
yang sudah pandai melarikan diri dari rumah untuk hidup bebas.
Anak gadis pula sudah ramai yang berani lari rumah seawal usia 
13 tahun lagi (tingkatan 1). Kebanyakannya kerana mabuk cinta 
dan ketagihan seks sehingga sanggup lari bersama teman lelaki. 
Berita yang tersiar di TV Awani beberapa hari lepas menunjukkan 
ramai remaja bawah umur sudah 'terperangkap' dengan dadah 
bersama teman lelaki masing-masing.
Kehilangan anak kecil di usia tadika sudah menjadi perkara biasa. 
Mereka ini masih belum ada nafsu dan akal lagi untuk lari rumah. 
Oleh itu, pasti ada unsur jenayah yang berbagai gaya. Ini seharusnya 
menjadi kebimbangan bagi ibubapa.
Berita yang kita saksikan ini, dan begitu banyak berita seumpamanya 
yang dilapurkan sebelum ini telah 'membenarkan' begitu banyak 
lapuran ibubapa di media sosial akan cubaan-cubaan untuk menculik 
anak mereka.
Kami ingin kongsikan pengalaman kami sendiri bahawa terlalu banyak 
'laluan' dan peluang kepada berlakunya bencana ini. Curigailah keselamatan 
anak-anak kita. Jangan mudah percaya, lalu kita terus menerus lalai dan leka.
Hari ini ancaman sentiasa menanti anak-anak kita di mana sahaja mereka 
berada. Dalam bas sekolah, bas kilang, komuter, di bus stop, bahkan di 
Kompleks membeli belah, di tandas awam dan pasar malam pun tidak 
begitu selamat untuk anak-anak dan warga perempuan kita.
Memerhatikan begitu banyak kelalaian ibubapa di sepanjang R&D yang 
kami lakukan menjadikan kami rasa takut dan ngeri. Sukar untuk kami 
nukilkan satu persatu supaya dipercayai dan diambil berat melainkan 
ibubapa sendiri ikut mengkaji.
NASIHAT KAMI
Jika kita tidak mampu mengubah suasana, ubahlah disiplin diri dan keluarga 
kita. Pastikan anak-anak sentiasa meminta izin untuk keluar ke mana sahaja. 
Pastikan juga mereka ada teman yang mampu saling apit mengapit agar 
sentiasa dalam keadaan selamat sebelum kita mengizinkannya.
Jika perlu, tunjukkan berita yang menyayat hati ini kepada anak-anak kita 
yang suka 'berkeliaran' tanpa izin sebagai 'fear motivation' kepada mereka.
Kebanyakan lelaki PATI dan pekerja asing di negara ini tinggal tanpa 
pasangan mereka. Begitu juga ancaman dari lelaki penagih dadah, duda, 
lelaki gila seks yang tidak berkahwin, pemabuk dan seumpamanya. Itu tidak 
termasuk orang gila PEDOFILIA yang memang anak kecil menjadi minat mereka.
Ada kalanya mereka mungkin tidak dapat menahan nafsu. Untuk menggoda 
wanita dewasa mungkin sukar berhasil. Untuk memperkosa perempuan 
dewasa banyak pula risikonya. Oleh itu, pilihan yang ada pada mereka 
dalah dengan memperkosa anak-anak kecil kita yang tidak mampu melawan lagi.
Oleh itu, didiklah anak perempuan kita dari kecil agar sentiasa menutup 
aurat melalui pakaian, tingkah laku dan suara mereka. Ingatlah bahawa 
pemangsa sentiasa 'mengintai' gerak geri anak-anak kita untuk mencari 
peluang memerangkap mereka.
"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".
"DOA SELAMAT BUAT ANAK-ANAK KITA".
WARGA PRIHATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan