POP

Isnin, 21 September 2015

MESTI BACA !!! Tahukah Anda Bahawa Kolagen Merupakan Pembunuh Dalam Diam ???

Awas ,Mesti Baca !!! Tahukah Anda Bahawa Kolagen Merupakan Pembunuh Dalam Diam ???


JANGAN sampai salah langkah!

Makanan tambahan kolagen semakin mendapat tempat di hati masyarakat memandangkan khasiatnya dikatakan mampu mengembalikan keanjalan dan mencerahkan kulit.

Namun, tahukah bahawa kolagen boleh menjadi pembunuh dalam senyap?

Di pasaran, terdapat pelbagai produk dengan kandungan kolagen yang dijual sehingga 20,000Mg.

Pengambilan kolagen dalam kuantiti banyak boleh memberikan kesan kepada fungsi hati dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan kepada fungsi kedua-dua organ penting ini....

Pastikan, jangan tersalah langkah, lihat dahulu kondisi kandungan dan lebih penting dapat nasihat daripada pakar...

PPIM terima aduan pengguna

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan mengenai produk makanan tambahan seperti kolagen yang dibeli tidak memberikan hasil seperti dijanjikan.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan itu seolah-olah menipu pengguna untuk membeli produk tersebut.

“Pada kebiasaannya harga untuk produk kolagen itu mencecah ratusan ringgit dengan menjanjikan bahawa ia akan memberikan hasil menakjubkan.

“Tetapi ada yang datang kepada kami menyatakan mereka ditipu setelah membelanjakan ratusan ringgit, tetapi hasil yang diperoleh tidak memuaskan,” katanya.

Menurutnya, tidak semua pengeluar produk makanan tambahan menipu pengguna sebaliknya ada segelintir cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah.

“Mereka (pengeluar produk) perlu wujudkan satu persatuan dalam kalangan mereka supaya wujud etika dalam setiap pengeluaran produk dan tidak mengambil kesempatan menjual dengan harga tinggi.

“Terdapat juga pengeluar produk berasaskan krim kolagen meletakkan bahan yang merbahaya. Memang akan nampak kesan positif tetapi untuk jangka masa panjang ia akan menyebabkan masalah kulit,” katanya.

Katanya, pengguna perlu peka dengan kandungan dalam makanan tambahan diambil dan tidak terlalu mempercayai promosi yang dibuat syarikat pengeluaran produk makanan tambahan.

“Kadang-kadang yang datang untuk jual produk itu adalah rakan-rakan sendiri ataupun daripada kalangan keluarga sendiri yang menjual produk.

“Pengguna perlu tahu sesuatu produk sesuai atau tidak sebelum membelinya walaupun yang menjual adalah kenalan kita sendiri,” katanya.

Rosakkan organ dalaman

MAKANAN tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan.

Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali berkata, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan.

“Apabila produk dengan kandungan kolagen masuk dalam badan, ia akan diproses di hati dan dipecahkan kepada molekul kecil.

“Jika diambil berlebihan, ia memberikan beban kepada hati yang perlu bekerja keras memproses bahan tersebut,” katanya.

Katanya, selepas selesai proses di hati, kolagen akan diangkut dalam darah untuk dihantar ke seluruh badan.

“Kolagen akan diuraikan kepada asid amino dan diangkut melalui darah ke kawasan diperlukan seperti otot dan kulit.

“Lebihan kolagen pula tidak boleh disimpan di dalam badan sebaliknya perlu dikumuhkan keluar melalui air kencing dan najis,” katanya.

Katanya, pengguna berisiko mengalami kerosakan sel hati.

“Suplemen ini tidak mengandungi kolagen semata-mata, tetapi berkemungkinan ada pengawet digunakan bagi memastikan produk itu stabil,” katanya.

Dr Norazlanshah berkata, proses ini berlaku di buah pinggang dan jika dikumuhkan secara berlebihan, sel buah pinggang akan rosak dalam jangka masa panjang.

Beliau menasihati pengguna supaya mendapatkan konsultasi daripada pakar perubatan sebelum mengambil kuantiti kolagen yang sesuai.

“Daripada segi kuantiti kolagen, biasanya wanita memerlukan lebih berbanding lelaki kerana ia mudah dicerna dalam tubuh,” katanya.

Katanya, pembaziran berlaku jika badan tidak memerlukan banyak kolagen tetapi ia diambil tanpa mendapatkan sebarang nasihat pakar.

“Sekiranya ingin mencuba kolagen, pengguna perlu menyedari industri suplemen ini tidak dipantau. Kandungan kolagen dan keberkesanan sesuatu produk sukar diketahui.

“Dari sudut perubatan, pengambilan kolagen sebenarnya adalah suntikan yang bukan melalui salur darah tetapi dimasukkan di bawah lapisan kulit (filler),” katanya.

Rumpai laut tidak mengandungi kolagen

RUMPAI laut yang dibungkus di pasaran dengan label menarik seperti ‘marin kolagen’, ‘ibu kolagen’ atau ‘kolagen mentah’ sebenarnya tidak mengandungi kolagen.

Herbalis, Bahrain Samah berkata, setakat ini tiada sebarang kajian sains dilaporkan dalam jurnal terkemuka menunjukkan rumpai laut dari mana asalnya didapati mengandungi kolagen.

“Kolagen hanya terdapat dalam tubuh haiwan sama ada bertulang belakang atau tiada tulang belakang.

“Ia tidak wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Kajian-kajian terhadap komposisi rumpai laut hanya menemui protein. Kolagen adalah sejenis protein,” katanya.

Menurutnya, protein memiliki sifat-sifat kimia dan fizikal, menepati sifat kolagen barulah boleh dipanggil sebagai kolagen.

“Kenyataan rumpai laut mengandungi kolagen semata-mata kerana terdapat protein di dalamnya adalah tidak tepat,” katanya.

Katanya, istilah kolagen menarik perhatian orang ramai kerana mereka mengetahui bahawa kolagen merupakan sejenis protein penting kepada tubuh.

“Lebih kurang 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia adalah kolagen,” katanya.

Tambahnya, ramai wanita mengamalkan pengambilan gel rumpai laut kerana percaya ia mengandungi kolagen.

“Pengambilan pada dos sesuai dan konsisten boleh menghasilkan kesan positif terutama pada kesihatan kulit.

“Jika tidak terdapat kolagen adakah kandungan protein dalam rumpai laut membantu mencantikkan kulit dan membantu proses awet muda? Jawapannya ialah paras protein rendah dalam pengambilan harian gel rumpai laut dipercayai tidak memenuhi keperluan asas tubuh untuk membina dan memulihara pelbagai jenis protein,” katanya.

Bergantung pada badan

KEBERKESANAN produk kolagen bergantung kepada keupayaan badan untuk menyerapnya.

Pakar Kulit Poliklinik Dr Suraya, Dr Suraya Sudin berkata, kandungan kolagen tinggi dalam produk di pasaran tidak menjamin keberkesanan produk itu.

“Pada usia 40 tahun, kolagen semakin berkurangan dan perlu ada pengganti. Kerana itu ramai yang mengambil produk tambahan,” katanya.

Produk kolagen terdapat di pasaran berfungsi mencantikkan kulit.

“Vitamin C perlu dititikberatkan dalam menghasilkan kembali kolagen kepada badan. Ada produk mengandungi 20,000Mg kolagen untuk setiap penggunaan.

“Jumlah tinggi tidak menjamin hasil yang bakal diperoleh. Pengguna perlu cuba dan melihat hasilnya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, tiada kesan juga mungkin disebabkan ia adalah kolagen tiruan atau tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang.

“Kolagen disuntik lebih diyakini berkesan kerana ia diserap kulit. Pastikan ia asli supaya tidak memudaratkan kesihatan,” katanya.

Jelasnya, pengambilan kafein bersama kolagen juga antara penyebab ia tidak berkesan pada tubuh.

“Bukan tidak boleh minum kafein, cuma itu antara faktor menyebabkan kolagen cepat hilang. Jika ambil gula yang banyak boleh kurangkan kolagen.

“Asap rokok dan cahaya matahari terik juga menyebabkan kolagen pecah dan terurai,” katanya.

Saran penggunaan pada kuantiti betul

Pen gguna seharusnya tidak mengambil makanan tambahan seperti kolagen dalam kuantiti banyak. Peniaga makanan tambahan kolagen, Wan Hidayah Omar, 32 berkata, pengguna seharusnya mengikut sukatan yang di tulis pada pembalut produk.

“Saya sentiasa menasihati pelanggan supaya mengamalkan makanan tambahan mengikut kuantiti ditetapkan.

“Jangan kerana hendak cepat cantik, soal kesihatan diabaikan. Sesuatu produk perlu mengambil masa tertentu supaya ia boleh memberikan kesan kepada badan,” katanya....

Menurutnya, walaupun pengguna makan kolagen dalam kuantiti banyak, ia tetap diserap pada kuantiti tertentu yang diperlukan tubuh....

“Perkara paling penting adalah minum air pada kuantiti banyak selepas makan kolagen itu,” katanya. Dia juga menasihati pelanggannya supaya menghentikan pengambilan sekiranya terdapat gejala atau tanda luar biasa pada kulit....

Sementara itu, peniaga lain, Nur Amira Suhaimi, 29 berkata, pengambilan produk tiruan kolagen dikhuatiri menjadi punca masalah kesihatan....

Dia berkata, setakat ini masih belum menerima aduan daripada pelanggannya yang mengatakan mengalami masalah kesihatan selepas mengamalkan produk yang dijual....

“Sekarang ini berlaku lambakan produk makanan tambahan di pasaran dan kita tidak tahu mana asli atau palsu. Produk tiruan dijual dalam pembungkusan yang lebih kurang sama dengan yang asli....

“Kebanyakan produk tiruan ini bakal menyumbang kerosakan organ dalaman kerana di campur dengan bahan pengawet tidak dibenarkan,” katanya....

Katanya, pengguna perlu memperhalusi label pada pembungkus produk dan membeli daripada penjual yang diyakini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan