POP

Rabu, 17 Jun 2015

JENIS-JENIS KARANGAN YANG KITA PERNAH BUAT DI ZAMAN PERSEKOLAHAN...

8 Jenis Karangan Yang Pernah Kita Tulis Di Sekolah Suatu Ketika Dulu


Bagi kebanyakan kita, zaman persekolahan merupakan kenangan paling manis dalam kehidupan. Selain mendapat kawan baik seumur hidup dan bangun pagi seawal 6 pagi, zaman persekolahan juga penuh cabaran dengan pelbagai jenis karangan.

Kami berkongsi sebuah entri yang dititipkan di sebuah blog ini, di bawah adalah jenis-jenis karangan yang pernah anda tulis ketika di sekolah.

Yang pasti entri ini bakal mengimbau kembali nostalgia anda ketika di sekolah rendah dan menegah suatu ketika dulu.

1. Karangan Surat Rasmi/Tidak Rasmi

Karangan jenis rasmi atau tidak rasmi. Format karangan senang diingati dan ianya akan memenuhi setiap muka surat kertas menampakkan karangan anda panjang dan berisi. Topik selalu ditulis mungkin dari temuduga kerja, “pen pals” ataupun menulis keadaan tentang kehidupan di asrama. Berhati-hati jika memilih format ini jika tidak betul ada kemungkinan hilang markah yang banyak.


2. Karangan Dialog atau Temu Ramah


Karangan jenis ini adalah karangan temuramah bersama personaliti ataupun bersama rakan-rakan. Topik yang selalu dijadikan karangan adalah temuramah bersama tokoh ataupun dialog antara rakan membincangkan percutian sekolah. Format ini juga senang dan kadangkala boleh memasukkan “slang” dalam karangan tersebut.


3. Karangan Jenis Peribahasa


Karangan jenis ini biasanya dimulakan dengan peribahasa Melayu dan anda perlu mereka karangan berdasarkan peribahasa tersebut. Jika anda biasa dengan peribahasa Melayu mungkin karangan ini amat mudah. Namun, sesetengah peribahasa adalah mudah untuk difahami.


4. Karangan Jenis Berita
Karangan dalam bentuk berita. Apa yang menarik tentang karangan ini adalah anda boleh mereka sesuatu yang lawak dalam bentuk yang serius. Imaginasi anda harus diguna sebaik mungkin!

5. Karangan Aku Sebatang/Sehelai/Sebuah Pensel/Baju/Bola/Kasut
Karangan jenis “aku sebuah/sehelai” ini adalah amat menarik dan membolehkan imaginasi anda bermain. Tipikal karangan ini bermula anda sebagai sebuah “benda” di sebuah kilang, dijual bersama rakan-rakan, tuan anda membeli anda. Kemudian plot cerita menjadi dramatik. Anda mungkin hilang/hanyut/dibuang atau haus dipakai. Kebanyakkan karangan ini berakhir dengan kesedihan.


6. Karangan Jenis “Keluarga Saya”
Karangan jenis keluarga. Kalau anda jenis yang lurus mungkin anda menceritakan tentang keluarga sebenar anda. Bagi mereka yang kreatif, mungkin hasilnya akan berlainan.


7. Karangan Jenis “Tiba-tiba saya terjaga”
Karangan yang memberikan anda satu idea untuk menyambungkan cerita bergantung dengan kekreatifan anda mereka karangan. Walaupun tiada syarat untuk mengakhirkan karangan dengan mimpi, tetapi kita tetap buat juga bukan? Topik yang selalu ditulis ialah hantu. Mungkin penulis skrip mengunakan idea dari karangan ini.


8. Karangan “Sampah Masyarakat dan Gejala Sosial”
Karangan jenis idea mengenai keruntuhan akhlak dan gejala sosial masyarakat. Karangan jenis ini memerlukan anda memerah otak anda mengenai cara-cara untuk menangani sesuatu isu. Anda berpeluang menunjukkan kebolehan anda dengan idea-idea bernas dan bijak anda. Karangan ini disudahi dengan solusi yang kreatif dari anda untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan