5 Tips Mudah Bangun Sahur
Masalah susah bangun sahur selalunya terjadi di kalangan kanak-kanak.. tapi ada jugak orang dewasa yang jenis susah sangat nak bangun sahur walaupun dah dikejut berkali-kali.. sebenarnya banyak fadhilat bersahur ni kerana pada waktu makan sahur itu terdapatnya keberkatan.. untuk yang susah nak bangun sahur, jom baca 5 tips mudah bangun sahur yang boleh kita cuba..
1) Tidur lebih awal
Biasakan diri untuk tidur lebih awal ketika bulan Ramadhan.. lagipun kalau kita biasakan diri untuk tidur awal, kita akan mudah untuk bangun solat tahajud di awal pagi.. untuk kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, digalakkan untuk tidur 8 jam sebelum bangun waktu sahur..
2) Bercakap dengan suara perlahan sebelum melelapkan mata
Yang ni petua orang dulu2 dan sampailah ke hari ni masih ramai yang gunakan.. bermonolog, berbisik atau bercakap perlahan sebelum tidur dan katakan yang kita akan bangun sahur pada pukul sekian sekian.. sebut perlahan tapi telinga kita masih boleh dengar apa yang kita sebut tu.. dah bercakap perlahan tu, baca doa tidur, baca surah2 sepatutnya, mengucap dan barulah tidur..
3) Jangan makan berat sebelum tidur
Tidur dalam keadaan terlalu kenyang hanya akan membuatkan kita semakin susah nak bangun bersahur.. lebih baik elakkan makan makanan berat sejam sebelum tidur malam.. minum air masak sebelum tidur adalah lebih baik.. bagi perut beristirehat ketika hendak tidur..
4) Letak jam loceng / handphone jauh sedikit daripada katil
Biasakan diri untuk letak jam loceng atau handphone yang telah diset alarm jauh daripada katil atau tempat tidur.. jadi, kita akan berusaha untuk bangun bila jam loceng tu berbunyi.. dah alang2 boleh jalan nak matikan bunyi jam loceng tu, terus lah menuju bilik air untuk segarkan muka dan baru ke dapur untuk siapkan hidangan bersahur.. tapi, jangan pulak letak terlalu jauh sampai kita tak dengar pulak.. terus tak bangun pulak sebab tak sedar bila jam loceng tu bunyi.. hehehe..
5) Penghargaan pada diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan