POP

Jumaat, 5 Jun 2015

MESTI TAHU !!! MAKANAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG !!!

MAKANAN YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DIMAKAN OLEH IBU BERPANTANG
ibu berpantang


Seronok betul tengok baby yang baru dilahirkan..rasa nak peluk peluk dan cium sepuas puasnya..bau yang sangat menyenangkan..kata orang ia bau dari syurga...walaupun muntah susu,tetapi baby tetap wangi..hihi

Bagi ibu ibu berpantang pula, walaupun happy dapat baby baru,melayan anak kecil bukanlah mudah.Disamping nak jaga badan sendiri yang tidak sihat, perlu juga perhatian yang lebih kepada baby.Sebab tu ibu ibu berpantang mesti jaga kesihatan dengan betul dengan mengambil makanan yang tidak memudaratkan diri sendiri atau juga bayi.Hari ini saya nak berkongsi pengalaman tentang makanan yang boleh diambil dan juga yang tidak boleh diambil oleh ibu ibu berpantang


4 MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DI AMALKAN OLEH IBU BERPANTANG

1.Jangan makan makanan yang berbisa seperti bawal hitam, ikan cencaru, terubuk, ikan pari, ikan sembilang akan menyebabkan turun darah dan bentan

2.Ikan masin/ikan kering tidak boleh diambil oleh ibu berpantang kerana akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering dan lemah badan

3.Ikan kembung, tamban, cencaru, tongkol, dan makanan laut akan menyebabkan kegatalan dan menimbulkan reaksi alahan

4.Air gas ,air sejuk dan sesetengah sayur sayuran seperti kangkung, timun, mangga, nangka  dan durian belanda. 
Makanan ini menyebabkan sakit tulang, sejuk otot dan lemah sendi seperti  atritis  dan rheumatisme  apabila sudah tua kelak.


8 MAKANAN TRADISI YANG BAIK UNTUK IBU BERPANTANG

1. Ulam kunyit  mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman

2. Lobak putih dan peria boleh meperbanyakkan susu ibu

3. Asam jawa membantu membuang air besar, mengelakkan sembelit selain dari menyegarkan tubuh badan

4. Air kunyit membantu mengecutkan rahim dan mencuci darah

5. Air rebusan pegaga membersihkan darah dalam tubuh bagi yang baru melahirkan anak

6. Manjakani berfungsi untuk mengeringkan dan mengetatkan pangkal rahim

7. Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga

8. Air madu untuk memanaskan badan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan