POP

Jumaat, 12 Jun 2015

MESTI BACA !!! FAKTOR TERJADINYA KANSER SERVIK

FAKTOR TERJADINYA KANSER SERVIK


Apa dia pangkal rahim?
Pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim pula bertindak sebagai ruang tumbesaran janin. Pangkal rahim adalah bahagian yang menyambungkan rahim dengan faraj dan ianya membentuk saluran kelahiran.

Apakah jenis kanser pangkal rahim?
Keabnormalan sel pangkal rahim sebelum menjadi kanser
  • Atypia - merujuk kepada sedikit perubahan pada sel. Boleh dikesan melalui ujian pap smear. Perubahan pada sel ini mungkin menjadi bertambah teruk atau pulih seperti biasa. Jika keputusan ujian pap smear menunjukkan perubahan atipikal, wanita itu akan dinasihatkan supaya mengulangi ujian "pap smear" dalam masa enam bulan lagi untuk melihat samada perubahan sel atipikal tiada.
  • Dysplasia - sejenis perubahan luar biasa dalam sel di pangkal rahim. Juga dikenali sebagai Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) dan Squamous Intraepithelial Lesion (SIL).
Risiko kebarangkalian seseorang wanita menghidapi barah pangkal rahim boleh dibahagikan kepada risiko yang boleh dikawal seperti merokok dan faktor risiko tidak boleh dikawal seperti umur dan sejarah keluarga. Faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko wanita mendapat barah pangkal rahim: 

  • Jangkitan virus HPV berisiko tinggi - Jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) - faktor risiko utama mendapat barah pangkal rangan seks. Faktor yang meningkatkan risiko tercemar dengan HPV adalah aktif dalahim ialah jangkitan HPV. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubum aktiviti seksual pada usia yang muda, mempunyai ramai pasangan seks (atau hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks) dan / atau hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat di penis.
  • Jangkitan Human Immunodeficiciency Virus (HIV) -wanita yang dijangkiti dengan HIV berisiko untuk mendapat barah pangkal rahim. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDs, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.
  • Herpes - wanita yang mendapat jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim.
  • Ubatan - anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat Diethylstilboestrol (DES) semasa hamil untuk mengelakkan keguguran kandungan berisiko mendapat barah pangkal rahim.
  • Merokok - meningkatkan risiko barah pangkal rahim sebanyak empat kali ganda. 
  • Wanita yang mempunyai pasangan yang ramai. 
  • Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim 

Ujian Pap Smear mampu mencegah Kanser Pangkal Rahim. Kepada yang belum atau tidak pernah menjalani pap smear boleh la berbuat demikian..cegah sebelum terlambat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan