Anda Takut Kucing? Tapi Kucing Tetap Suka Anda. Kenapa?
Ailurophobia bermaksud takut kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini, seperti dalam gambar di atas.
Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja.
Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.
Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka yang takut kucing untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.
Aneh bukan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan