POP

Isnin, 25 Mei 2015

9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit..

Orang sekeliling jangan cerita lah, mereka semua dah mula pandang,
“tak reti jaga anak ke?”
“pujuklah anak tu”
“kenapa biarkan anak tu menangis tak henti2?”
Diorg tak tahu dalam hati kita ni, punye tebal tahan sabar! Hai..macam mana lah cara mudah nak atasi anak kuat mengamuk dan menjerit ni yek?
anak kuat mengamuk dan menjerit

Tahukah anda?

Anak yang berusia 1.5 tahun sehingga 3 tahun sememangnya suka memberontak, campak barang, merajuk, mengamuk, menjerit dan macam2 lagi drama yang diorg ni suka buat.
Daripada pembacaan saya yang saya dapat daripada Dr. Rozieta Shaary anak2 kita ni sebenarnya sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
Biasanya bila anak tak dapat sesuatu yang mereka nak, mereka akan rasa kecewa dan sedih. Bila dah kecewa dan sedih, lepas tu pula tak dapat layanan yang sepatutnya maka bertambah membuaklah perasaan tu.
Akhirnya mereka akan hilang kawalan dan mengamuk lepas tu menjerit, berguling-guling, baling dan campak barang dan buat apa saje sampai mereka puas hati.
Selain tu, kadang2 mereka ni mengamuk sebabnye, mereka tak dapat bermain aktif di luar rumah, menjerit, berlari dan sebagainya. Asyik terperap dekat rumah je, so mereka ni bosan. Bila dah bosan mulalah tak tentu arah.
Anak no 2 saya Hasya pun macam tu juga. Bila dah duduk rumah sepanjang hari atau 2 ke 3 hari memang dia buat perangai hebat. Cuba bawa berjalan2 main dekat luar atau main dekat tempat lapang atau padang. Ceria bukan main lagi. Mama pun dia tak heran tau ;)
Lagi satu daripada pengalaman saya sendiri, bila anak kita ni lapar dan mengantuk. Betul tak? Lagi2 kalau mereka dah penat dan mengantuk. Semua benda tak kena, asyik mengamuk je sepanjang jalan.

Bagaimana Pula Peranan Ibu dan Bapa?

Bila mereka sering mengamuk dan menjerit, kita sebagai ibu dan bapa tidak boleh sesekali mengambil pendekatan yang kasar seperti marah, merotan, memukul dan mencaci mereka.
Kalau kita selalu marah mereka, mereka ni akan pendam perasaan marah juga. Ye mungkin mereka akan berhenti menangis sebab mereka sakit dipukul atau takut.
Tapi tanpa kita sedari mereka ni tengah memendam perasaan terhadap ibu dan bapa mereka. Kebiasaannya mereka akan lebih memberontak dengan lebih teruk lagi bila remaja nanti.
So sebab tu bila anak mengamuk, kita kena gunakan pendekatan yang bijak. Tegas, tenang dan penuh kasih-sayang.

9 Cara Mudah Atasi Anak Kuat Mengamuk dan Menjerit

1) Letakkan Anak Di atas Riba

Ambil anak dan dudukkan dia di atas riba anda. Pegang dia dari belakang seperti gambar di bawah. Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
anak kuat mengamuk dan menjerit

2) Bisikan Sesuatu

Bisikan pada anak anda, beritahu dekat dia yang anda sayang sangat dekat dia dan understand perasaan dia.

3) Membaca Doa

Bagi yang Muslim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepada anak anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.

4) Kata2 Kasih Sayang

Terus tenangkan dia dengan kata-kata kasih sayang, tapi kena ingat, anda pun perlu tenang juga ;)

5) Jangan Marah

Jangan sesekali marah dan menjerit atau memukulnya konon2nya untuk mendisiplinkan dia. Ini akan menjadikan dia anak yang pengecut atau lebih suka memberontak.
Tidak mustahil juga, anak yang kuat menjerit kerana dia sudah biasa dengan keadaan rumah atau ibu dan ayah yang kuat menjerit.

Bagaimana Pula Jika Anak Tidak Mahu Dipegang?

atasi anak muat mengamuk dan menjerit

6) Biarkan Seketika

Anda duduk tidak jauh daripada anak itu, biarkan dia melayan perasaan sendirian untuk seketika.

7) Ucapkan Kasih Sayang

Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.

8) Beri Sedikit Ruang Kepada Anak

Katakan sekiranya dia dah puas mengamuk dan menjerit, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan waktu ini, peluklah dia.

9) Nasihat

Bila dia sudah tenang, barulah beritahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu.
Jika boleh anda akan memberi apa yang dia nak.
Jika tidak alternatif lain akan difikirkan.
Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan mereka.
Tenang dan kawal diri, itulah kunci paling penting untuk kita sebagai ibu dan bapa. Memang kalau ikutkan hati kita pula nak mengamuk kan? hehee.
Macam dalam video ni. Haaaa nanti jangan kita yang dewasa ni pulak yang mangamuk dan menjerit.
Lawakkan video ni. Memang tergelak2 saya tengok. Hahahaha…buruk bebenor kalau dah tua2 mengamok :D
Ohhh ye, seperkara lagi, sebenarnya anak2 kita tu mengamuk sebab dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’ di dalam dirinya itu.
Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik. Bila anda bijak menangani anak-anak kecil anda mengamuk dan menjerit. Apabila anak itu remaja, dia akan lebih tenang dan mudah mendengar kata. InsyaAllah.
Kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan