POP

Jumaat, 22 Mei 2015

MESTI BACA!!! Fakta mengenai Pampers Yang Mungkin Anda Tak Tahu...

Fakta Mengenai Pampers Yang Mungkin Anda Tak Tahu...



Assalamualaikum korang!
Semua yg ada anak kecik dah tentu pakai pampers kan? 
Kita orang Malaysia panggil pampers je. Tapi hakikatnya....

Tahukah korang yg sebenarnya PAMPERS adalah satu 
jenama lampin pakai buang di USA? So salah la kita 
menyebut pampers untuk refer lampin pakai buang. 
Tapi sebenarnya pampers USA dah berjaya develop brand 
diorang sampai semua orang ingat lampin pakai buang tu 
namanya pampers.

Itu satu.

So sebenarnya terma yg betul adalah diapers atau lampin 
pakai buang. Bukannya pampers ok. Hehe.

Tahu tak sejarah penghasilan pampers sebenanye untuk apa? 
Haaa. Ni pon saya baru belajar sejak berjinak2 dengan 
bisnes lampin pakai buang ni.

Sebenarnya lampin pakai buang dicipta untuk kegunaan 
angkasawan. Kenapa? Sebab masa roket nak naik ke angkasa, 
tekanan kuat akan terhasil dan kita sebagai manusia takkan 
dapat control kencing dan berak kita. Ni fakta ni tau. 
Bukan main2. So orang cipta lampin pakai buang untuk 
angkasawan pakai. Sama macam kegunaan microwave
jugak la. Dicipta untuk angkasawan. Sebab kalau bawak tong 
gas ke angkasa takut meletup. Heeee.

Itu fakta nombor dua.

Tahu tak korang sebenarnya leak guard pada lampin pakai 
buang fungsinya bukanlah untuk menghalang kebocoran. 
Tapi sebenarnya leak guard kat tepi lampin pakai buang tu 
untuk mengelakkan air kencing daripada melimpah. Dan 
sebenarnya leak guard tu dibuat khas untuk anak lelaki. 
Sebab apa? Sebab anak lelaki kalau kencing, jenis memancut. 
So kalau dia pakai lampin pakai buang yg longgar sket, atau 
kalau dia baring ke meniarap ke takut tersalah pancut n keluar 
daripada diapers. Sebab tu la adanya leak guard untuk 
pantulkan balik air kencing tu ke dalam..

Ini fakta ketiga.

Fakta seterusnya, tahukah korang sebenarnya diapers yg 
bagus tak semestinya tebal. Sebab apa? Sebab diapers tebal 
disebabkan kapas yg ada dalam diapers tu. Teknologi 
sekarang menjadikan diapers makin lama makin nipis. 
Sama la macam handphone kita. Dulu kemain beso. 
Sekarang kalau boleh nak nipis je. Hehe. So janganla 
kita anggap pampers yg nipis tu kualitinya kurang. 
Sebab diapers nipis mungkin disebabkan diapers tu ada 
SUPER ABSORBANT POLIMER yg cukup untuk 
menyerap air kencing.

Dulu kalau ikutkan evolusi diapers ni memang betul diapers 
diperbuat daripada kapas. Tebal. Bila kencing je melendut. 
Kalau sebelum ni kapas dalam diapers tu dihasilkan oleh 
pulp yg ada dalam pokok. So nak hasilkan diapers kena tebang
pokok sama la macam nak hasilkan kertas. Kertas boleh 
recycle. Diapers dah tentu tak boleh. Kalau la kita asyik tebang 
pokok, apa jadi dengan bumi kita nanti? Apa yg tinggal untuk 
future generation kita nanti? Global warming, bencana alam. 
Sebab tu la sekarang ni diorang cipta teknologi lain untuk 
gantikan pulp ni. Skang ni dah makin canggih. Tak gaduh 
nak tebal2 dah. Tapi itu la, Kita kena betulkan mentaliti orang. 
Tebal tak semestinya bagus.

Dan yes. Ada kajian yg dilakukan oleh Pampers USA, diapers 
tebal menyebabkan anak2 jalan sedikit kengkang. So kalau 
nak anak jalan lurus, pakaikan la cloth diapers atau pon 
dapatkanla diapers nipis. Kita yg dewasa ni pon rimas kalau 
pakai pad tebal. Apatah lagi budak2 kan? 

Cuma anak2 kita tak pandai nak bagitau. Dah pandai cakap 
barula pandai nak komplen.

Fakta berikutnya, 
diapers yg mempunyai SAP yg tinggi tanpa 
kapas di dalamnya, mampu menyerap air kencing sehingga 
6 kali kencing. Berbanding dengan diapers yg kapas ni. 2 kali 
je dah berketul. Dah melendut.

So walaupun diapers yg kita beli tu murah tapi kalau tak tahan, 
sama macam guna diapers yg mahal sket ye tak? Diapers murah 
kena kerap tukar, diapers mahal sket tak perlu tukar kerap. 
Sama je. Dua kali 5.

Fakta berikutnya. 
Tahu tak korang, macam mana kita nak tau yg diapers tu 
daripada teknologi korea? Cuba tengok wetness indicator 
ataupon petunjuk kebasahan pada diapers tu. Kalau ada dan 
bertukar warna maka memang betulla itu daripada teknologi 
korea. Sebab apa? Sebab wetness indicator tu dah dipatenkan 
milik teknologi korea. So walaupun dimanufacture di China, 
jangan risau. Kualiti dan standard masih seperti korea punya. 
Lagi pon nape la org hina sangat Made in China ni ye. 
Iphone pon made in china what.... Hehehehe.

Kenapa pampers USA masuk ke China? Sebab diorang pon 
nak hasilkan diapers yg jauh lagi murah tapi berkualiti untuk 
penuhi keperluan masyarakat sedunia. Kalau korang nak pakai 
diapers yg made in korea memang tak dapekla. Sebab diorang 
kat sana manufacture diapers untuk pasaran Eropah. 
Ringgit Malaysia acaner kalau nak dibandingkan dengan 
matawang Eropah. Got it?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan