POP

Rabu, 6 Mei 2015

WAJIB TAHU !!! Kaedah untuk Isteri/Ibu Bersalin untuk Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean


WAJIB TAHU !!! Kaedah untuk Isteri/Ibu Bersalin untuk Berpantang selepas bersalin secara pembedahan atau caeserean


Berpantang selepas bersalin, ada 3 pilihan sebenarnya, 
  • Berpantang secara moden
  • Berpantang secara tradisional
  • Berpantang mengikut dua-dua kaedah di atas
Maklumat awal yang perlu tahu : 
  • Jenis diet / pengambilan makanan seimbang semasa berpantang
  • Senaman
  • Penyusuan
  • Bengkung yang sesuai
  • Sokongan moral
 Jika  memilih untuk berpantang secara tradisional pula, perkara yang perlu dibuat :
  • Berurut
  • Mandi air rebusan
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Berbengkung / barut
  • Pilis & param
Tempoh berpantang biasanya adalah selama 44 hari bagi masyarakat Melayu..namun ada juga yang berpantang sehingga 100 hari, itu semua pilihan masing-masing. Oleh itu, berbalik kepada penjagaan semasa berpantang setelah bersalin secara pembedahan, antara yang perlu dititikberatkan adalah : 

1. Mandi : 
Mandi tidak menjadi masalah, biasanya semasa di hospital, badan hanya perlu dilap dengan tuala sehingga bersih oleh pembantu / jururawat  pada waktu awal bersalin,jika tidak mampu untuk bergerak banyak.  

Setelah pulang ke rumah,  perlulah mandi. Pastikan tempat luka pembedahan itu dilap kering setelah  mandi. Penting untuk pastikan luka tersebut kekal kering sepanjang masa.. (jika tidak dijaga dengan baik, boleh dijangkiti kuman atau bernanah). Jika nampak luka seakan kemerah-merahan dan berair, atau jahitan terbuka, cepat-cepat berjumpa doktor..

2. Diet :
Pengambilan makanan seimbang sangat penting untuk penyembuhan luka luar dan dalam. Kalau nak tahu, tiga lapisan kulit dalam dan luar yang telah dibedah . Oleh itu sangat penting untuk pastikan luka  sembuh sepenuhnya. Jadi  sangat perlu untuk ambil vitamin tambahan dan serat yang dapat bantu mempercepatkan penyembuhan luka. 

Perlukan serat dan air yang mencukupi.. kalau tidak nanti, sembelit pula.. tahu-tahu ajelah, apabila dibedah ni, pergerakan  banyak guna otot perut, jadi kalau dah sembelit, memang seksa la nanti.. :( - Kalau boleh nasi yang dimakan sebolehnya dimasak sedikit lembut. Jangan lupa ambil sayur dan buah - buahan .

Jika  kekurangan air, potensi untuk terkena jangkitan kuman amat tinggi, juga boleh mendapat 'kencing kotor'.. selepas pembedahan, risiko jangkitan kuman sering berlaku pada paru-paru, air kencing, luka dan darah beku dalam kaki (deep vein) - DVT jadi, minum air mencukupi  supaya kuman-kuman dapat dikeluarkan daripada badan.

Seperkara lagi, jamu tidak digalakkan untuk diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. Biasanya makanlah jamu selepas sebulan. Jamu menyebabkan luka lambat sembuh sebab kandungan herbanya yang tertentu yang melambatkan penyembuhan luka. 

3. Senaman : 
Anggota badan perlu digerak-gerak secara perlahan-lahan, untuk galakkan peredaran darah. Dengan ini proses penyembuhan luka akan menjadi lebih cepat dan lancar.  Sangat penting untuk menggerakkan kaki dan badan selepas pembedahan (pada hari kedua) supaya dapat menggelakkan DVT. (bengkak, kebas dan saluran darah tersumbat) - biasanya hari pertama, kita digalakkan untuk berehat di atas katil sahaja. 

Senaman kegel / kemutan amat digalakkan kerana selepas bersalin, otot faraj akan menjadi lemah. Senaman ini akan membantu untuk menguatkan kembali otot tersebut termasuk lantai pelvik dan mengurangkkan risiko rahim jatuh.  

4. Menyusu :
Seawal kelahiran semasa di bilik bedah lagi, nurse akan minta untuk menyusukan bayi, atau diletakkan bayi pada badan ibu, selama lebih kurang 30 minit. Tujuannya adalah untuk memastikan bayi mengecam bau ibu dan menggalakkan penyusuan ibu. 

Kesakitan akibat  pembedahan sepatutnya tidak menjadi penghalang penyusuan ibu. Jadi sebolehnya carilah posisi yang selesa atau minta seseorang membantu takkala nak menyusukan bayi. Sememangkan sakit dan tidak dapat bergerak pada awal-awal pembedahan. Tapi perlu sedar susu terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Tambahan pula menyusu akan mempercepatkan pengecutan rahim dan badan  akan cepat langsing .

Jika kelihatan seperti kekurangan susu badan,  cuba teknik power pumping, atau boleh juga mengamalkan pemakanan yang memperbanyakkan susu badan. 

5. Bengkung : 
Sebelum berbengkung, perlu pastikan jenis kain yang digunakan itu menyerap peluh atau tidak. Bahagian luka tersebut perlukan pengudaraan yang baik. Biasanya pemakaian bengkung adalah selepas 2 minggu, atau yakin luka bahagian luar telah kering dan tiada rasa sakit yang ketara ketika memakai bengkung. Bengkung perlu kerap dibuka dan pastikan bahagian luka tidak tergesel dengan bengkung. Untuk selamat, alas bahagian luka dengan kain lembut sebelum memakai bengkung. 


Bengkung lilit V
Bengkung moden / strap
  
Selain berbengkung, amalan berparam.. (campurkan param dengan sedikit kapur dan air limau nipis) bancuh dan sapukan pada bahagian perut. Namun ini hanya boleh dilakukan selepas luka pembedahan benar-benar sudah sembuh. Caranya mudah sahaja, lumur kan param yang dah dicampurkan dengan kapur dan limau nipis, kemudian teruslah berbengkung. Berparam sangat baik, sebab bantu kempiskan perut dengan lebih cepat. Cumanya, satu perkara yang sedikit leceh, apabila param tersebut kering, dia akan memecahkan dan membuatkan serpihan param tersebut berteraburan di merata-rata kawasan, tambah-tambah lagi di atas katil.

6. Sokongan moral : 
Bersalin secara pembedahan memang memakan masa untuk sembuh berbanding besalin secara normal. Oleh itu, sokongan moral dan bantuan keluarga amat penting. Apabila badan lemah, di awal bersalin tidak akan mampu untuk membuat sebarang pekerjaan dan tidak digalakkan untuk bergerak secara berlebihan. Yang paling penting, perlu tahu, perubahan hormon dalam badan akan naik turun secara drastik.. Jadi emosi akan tidak stabil dan cepat beremosi. Jika rasa tertekan atau sedih, berkongsilah perasaan tersebut dengan suami. Perubahan emosi naik turun boleh mengganggu ibu dan bayi jika tidak dikawal dan ditangani bersama dengan pasangan kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan