POP

Rabu, 6 Mei 2015

Beza Pantang 44 Hari, 100 Hari, 6 Bulan dan Setahun Bagi Wanita Bersalin ?? Wajib Tahu??!!!

Beza Pantang 44 Hari, 100 Hari, 6 Bulan dan Setahun Bagi Wanita Bersalin ?? Wajib Tahu??!!!



Berpantang ini merupakan amalas WAJIB bagi mereka yang bersalin. Namun semakin lama, berpantang selepas bersalin semakin diambil remeh di zaman sekarang. Berpantang bukan sahaja tidak boleh makan sesuka hati namun perlu mengurut, bertuam, bertungku, dan berbengkung.




Sekiranya di abaikan amalan pantang ini, kesan akan ketara pada kemudian hari. Selepas bersalin, dalam tempoh 44 hari, si ibu tidak digalakkan keluar rumah dan harus banyak berehat. 44 hari ini adalah diwajibkan kerana boleh mengurangkan angin dalam badan, bertenaga dan juga stabil dari emosi.


Sekiranya ingin bersama suami, digalakkan selepas hari yang ke 50, bagi memastikan si ibu kembali bertenaga dan sihat. Para ibu juga perlu elakkan dari mengambil makanan yang sejuk dan perlu amalkan memakan jamu.


Paling penting elakkan dari mandi air sejuk dan kerapkan mandi dengan suam dan perlu memakai stoking bagi mengelakkan rasa sejuk naik melalui kaki.

Pantang ketika 6 bulan pula ialah si Ibu perlu menjaga pemakanan kerana baby masih belum mampu menelan makanan kurang lembut. Senaman juga tidak digalakkan lagi ketika ini.


Pantang ketika setahun pula adalah dengan elakkan minum air yang berais dan juga makan laksa dan juga pulut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan