Nasib Penghuni Kondominium Jalan Semantan, Bukit Damansara, Kuala Lumpur...
Penghuni di sebuah kondominium digemparkan dengan peristiwa ngeri
lagi meloyakan apabila mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam
tangki air bangunan itu yang terletak di Jalan Semantan,
Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Menerusi laporan Harian Metro, mayat yang dikenal pasti sebagai
Chua Wan Chooi, 43, berasal dari Klang itu ditemui jam 9.25 malam
kelmarin oleh pekerja penyelenggara kondominium.
Anehnya, mangsa didakwa bukan penghuni kediaman itu selain tidak
mempunyai sebarang rekod sebagai kontraktor di kondominium terbabit.
Mayat yang masih lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan
terlentang dalam tangki air.
Sementara tubuhnya sudah mengembang dan daging tubuhnya sudah
reput menyerupai agar-agar.
Penemuan mayat ini sekali gus menjawab tanda tanya kehilangan
mangsa sejak tujuh hari lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner
Mohd Azlee Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, siasatan mendapati mayat mangsa ditemui dalam sebuah
bilik pam yang membekalkan air kepada penghuni yang tinggal
di pangsapuri itu.
Dalam pada itu, terdapat aduan daripada penduduk setempat yang mendedahkan air rumahnya mengeluarkan bau busuk dan
rasa yang meloyakan.
Pada awalnya, ada penghuni yang menyangka ianya berpunca dari
paip yang sudah karat namun ternyata sangkaan mereka meleset
selepas mengetahui perkara sebenar. – mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan